Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2021 (Zakat Pulau Pinang)

Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah membuka permohonan bagi Bantuan Awal Persekolahan ZPP bagi sesi kemasukan persekolahan tahun 2021.

Untuk makluman, ZPP ialah institusi yang bertanggungjawab menguruskan kutipan zakat di Pulau Pinang yang memulakan operasinya pada 27 Disember 1994.

ZPP mempunyai 6 cawangan kaunter perkhidmatan zakat iaitu di Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Lebuh Buckingham dan Ayer Itam.

Tujuan Bantuan Awal Persekolahan ZPP diberikan adalah untuk meringankan beban kewangan keluarga terutamanya ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan anak-anak mereka untuk sesi persekolahan tahun hadapan.

Permohonan boleh dibuat bermula pada 21 September 2020 hingga 30 Oktober 2020.

Baca juga: Permohonan Bantuan Zakat IPT

Syarat Kelayakan

Mana-mana orang awam yang ingin memohon perlu menepati syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Beragama Islam.
  2. Pemohon mestilah pemastautin atau penduduk negeri Pualau Pinang.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 anak bersekolah.
  4. Anak yang bersekolah tersebut mestilah murid sekolah Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sesi persekolahan 2021 atau;
  5. Anak yang bersekolah tersebut mestilah pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 bawah bagi sesi persekolahan 2021.
  6. Murid pra sekolah dan tadika tidak dipertimbangkan.
  7. Kelayakan bilangan anak bersekolah dan pendapatan kasar isi rumah adalah seperti berikut:
    i) 2 orang anak- RM1,500 dan ke bawah.
    ii) 3 orang anak – RM2,000 dan ke bawah.
    iii) 4 orang anak- RM2,500 dan ke bawah.

Cara Memohon Bantuan Awal Persekolahan 2021

Orang awam yang ingin memohon Bantuan Awal Persekolahan ZPP boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Dapatkan borang permohonan daripada kaunter ZPP yang terdekat.
  2. Senarai kaunter ZPP boleh dirujuk melalui link ini https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/hubungi/hubungi-kami.
  3. Isi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan betul.
  4. Hantar borang permohonan kembali ke kaunter perkhidmatan ZPP sebelum 30 Oktober 2020.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Orang awam yang mempunyai pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut boleh melayari laman web ZPP iaitu https://www.zakatpenang.com/zpp/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.