Permohonan GREP MARA: Program Graduan Cemerlang 2020

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan bagi pelajar-pelajar Pasca Siswazah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara untuk memohon Program Graduan Cemerlang 2020 atau Graduate Excellence Programme (GREP MARA) 2020.

GrEP ialah pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar di peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) dalam bentuk pinjaman boleh ubah.

Pinjaman boleh ubah ini ditawarkan kepada pelajar IPT dalam negara yang dijangka memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara suatu hari nanti.

Tempoh pinjaman boleh ubah bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  • Sarjana: 1-2 tahun
  • Doktor Falsafah: 4 tahun

Permohonan bagi GrEP dibuka secara atas talian bermula pada 17 September 2020 sehingga 17 Oktober 2020. 

Senarai Pelajar Universiti Layak Memohon GREP MARA

Berikut merupakan senarai pelajar universiti yang layak menerima GrEP iaitu:

  • Universiti Awam (UA)
  • Government Linked Universities (GLU)
    – Universiti Teknologi Petronas
    – Universiti Tenaga Nasional
    – Universiti Multimedia
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
    – Asia Pacific University Of Technology & Innovation
    – Asian Institute Of Medicine, Science and Technology
    – Berjaya University
    – City University
    – Help University
    – Infrastructure University Kuala Lumpur
    – International Medical University
    – INTI International University
    – KDU University College
    – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
    – Lincoln University College
    – Mahsa University
    – Management & Science University
    – Nilai University
    – Perdana University
    – SEGI University College
    – Sunway University
    – TATI University College
    – Taylors University
    – Twintech International University College of Technology
    – UCSI University
    – Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
    – Universiti Tunku Abdul Rahman
    – University of Cyberjaya
    – Al Madinah International University
    – Curtin University Sarawak Malaysia
    – Monash University Malaysia
    – Newcastle University Medicine Malaysia
    – Swinburne University of Technology Sarawak Campus
    – University of Nottingham Malaysia
    -Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK)

Senarai Bidang Layak Memohon GrEP

grep mara 2020

Bidang pengajian yang layak memohon GrEP ialah:

  • Engineering & Environment
  • Marketing, Business & Management
  • Creative Design
  • IT & Computer Science
  • Build Professionals
  • Accounting & Finance
  • Medical Science
  • Food Security
  • Food Security
  • Transport

Syarat Umum Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi syarat umum permohonan seperti berikut:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2020:
    – Sarjana: Tidak melebihi 40 tahun
    – Doktor Falsafah: Tidak melebihi 45 tahun
  3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.
  4. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  6. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  7. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
  8. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  9. Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.

Syarat Kelayakan Akademik

Syarat kelayakan akademik seperti yang ditetapkan oleh MARA ialah:

  1. Bagi pemohon yang menyambung pengajian peringkat Sarjana, pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.
  2. Bagi pemohon yang menyambung pengajian Doktor Falsafah, pemohon perlu memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya.
  3. Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina, pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 6 bulan.
  4. Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.

Syarat Bidang/Program

Bidang atau program yang dipohon perlu menepati syarat-syarat berikut:

  1. Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2020.
  2. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  3. Mendapat tawaran pengajian daripada institusi pengajian dalam negara.
  4. Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  5. Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  6. Permohonan terbuka untuk pengajian secara sepenuh masa sahaja

Cara Membuat Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan GREP MARA melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log in dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.
  7. Kemudian, klik link berikut https://mypersonaliti.mara.gov.my/.
  8. Masukkan id pengguna dan kata laluan.
  9. Ikuti ujian personaliti sehingga tamat.

Pertanyaan Lanjut

Pemohon yang mempunyai pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:

Bahagian Penganjuran Pelajaran,
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA,
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.

No. Telefon : 03-2613 2103 / 32109 / 32067 / 32106
Emel : [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.