Advertisements

Permohonan DRF Bank Negara: Kemudahan Bantuan Bencana PKS Mikro

Advertisements

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang terjejas dalam banjir boleh memohon kemudahan yang disediakan iaitu Kemudahan Bantuan Banjir (DRF) bagi memulihkan semula perniagaan mereka pasca banjir.

DRF juga diwujudkan bagi meringankan beban kewangan PKS Mikro yang terjejas akibat banjir dan membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan mereka.

Menerusi pelaksanaan DRF, pihak bank akan membantu PKS Mikro menampung kos membaiki atau mengganti aset untuk kegunaan perniagaan yang telah rosak akibat banjir serta untuk modal kerja.

Kemudahan bantuan ini akan disediakan mulai 27 Disember 2021 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya (atau sehingga diberitahu kelak, bergantung pada situasi banjir) dengan dana diperuntukkan sebanyak RM200 juta.

Tujuan Pembiayaan

Usahawan PKS Mikro boleh membuat permohonan DRF bagi tujuan pembiayaan berikut:

  • Membaiki dan/atau mengganti aset untuk kegunaan perniagaan (contoh loji dan mesin) yang telah rosak akibat banjir.
  • Modal kerja.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditetapkan bagi kemudahan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Sehingga RM500,000 bagi setiap PKS.
  • Sehingga RM75,000 bagi setiap perusahaan Mikro.

Tempoh & Kadar Pembiayaan

Tempoh pembiayaan yang ditetapkan adalah sehingga 5 tahun, termasuk tempoh moratorium selama 6 bulan ke atas bayaran pokok dan faedah/keuntungan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kadar pembiayaan efektif pula adalah maksimum adalah sehingga 3.50% setahun, termasuk fi jaminan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah PKS dan perusahaan mikro yang terjejas akibat banjir mestilah terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir.

Cara Memohon

Bagi usahawan PKS Mikro yang berminat, mereka boleh membuat permohonan terus kepada institusi kewangan peserta/bank dan kelulusan tertakluk pada penilaian kredit institusi kewangan pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai DRF, sila layari laman web berikut iaitu bnm.gov.my/drf2022

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.