Advertisements

Permohonan Bantuan Bencana Banjir Daerah Klang RM1,000

Advertisements

Penduduk di daerah Klang yang terjejas akibat banjir, anda boleh memohon Bantuan Bencana Banjir yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pejabat Daerah/Tanah Klang.

Untuk makluman, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, telah mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir yang terjejas di negeri tersebut.

Pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban keluarga yang terjejas akibat musibah banjir pada kali ini.

Pemberian bantuan ini adalah sebahagian daripada peruntukan juta menerusi Selangor Bangkit susulan banjir teruk yang melanda di negeri tersebut.

Syarat Permohonan

Bagi penduduk di daerah Klang, pemohon yang ingin memohon bantuan ini perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

  1. Permohonan tuntutan bantuan bencana hanya boleh dimohon sekali bagi tahun semasa (sekali setahun).
  2. Borang permohonan perlu dihantar ke Pejabat Daerah/Tanah Klang dalam masa 14 hari dari tarikh kejadian bencana.
  3. Hanya seorang ahli keluarga mangsa yang boleh memohon
    bantuan bencana (1 permohonan untuk 1 buah rumah sahaja).

Cara Memohon

Untuk tatacara permohonan bantuan di daerah Klang, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.selangor.gov.my/klang.php/pages/view/934?mid=284&fbclid=IwAR0d3VJA9isT0P_sdYZ74Hda5aD0rvuTmAo_KyVFL8PH3fSFd5LC5bIlGE0.
  2. Klik bahagian ‘Muat Turun Borang.’
  3. Muat turun borang permohonan.
  4. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  5. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  6. Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan kepada alamat berikut:

    Pejabat Daerah/Tanah Klang,
    Bahagian Pembangunan Masyarakat,
    Tingkat 1, Jalan Kota,
    41902 Klang,
    Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Salinan bil elektrik/air/Indah Water.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon.
  3. Gambar kejadian (Sila lampirkan gambar kejadian bencana (di dalam dan luar rumah) yang dicetak dengan terang dan jelas.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Bencana Banjir Daerah Klang, sila layari laman web Pejabat Daerah/Tanah Klang https://www.selangor.gov.my/klang.php

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.