Advertisements

BSN MyRinggit-i Banjir: Pembiayaan Mangsa Banjir Sehingga RM10,000

Advertisements

Orang ramai yang mengalami musibah banjir berpeluang untuk memohon pembiayaan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga RM10,000 menerusi BSN MyRinggit-i Banjir.

Untuk makluman, BSN MyRinggit-i Banjir adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu meringankan beban kewangan jangka pendek anda untuk memulihkan kelengkapan rumah dan infrastruktur lain yang terjejas akibat banjir tanpa sebarang kadar keuntungan dikenakan.

Oleh itu, orang ramai atau mangsa yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web rasmi BSN iaitu www.bsn.com.my.

Jumlah Pembiyaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi BSN MyRinggit-i Banjir adalah sehingga RM10,000 dengan kadar keuntungan 0%.

Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan adalah selama 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.

Konsep Syariah

Konsep syariah yang digunakan dalam pembiayaan ini alah Tawarruq iaitu melibatkan dua kontrak jual beli.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh dan seterusnya, pembeli bagi urus niaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lani.

Jadual Bayaran Balik

Jadual bayaran balik (sebagai rujukan) bagi mereka yang memohon pembiayaan ini dengan kadar keuntungan 0% adalah seperti berikut:

Jumlah Pembiayaan (RM)Jumlah Bayaran Balik Bulanan (RM)
1,00028
2,00056
3,00084
4,000112
5,000139
6,000167
7,000195
8,000223
9,000250
10,000278

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis).
  3. Pemohon bukan seorang yang muflis.
  4. Hanya satu 1 permohonan sahaja daripada satu isi rumah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.bsn.com.my/page/bsn-myringgit-i-banjir.
  2. Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Lengkapkan maklumat dan klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/Laporan Polis berkenaan rumah yang terjejas.
  3. Salinan bil elektrik rumah yang terjejas.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BSN MyRinggit-i Banjir, sila layari laman web https://www.bsn.com.my/page/bsn-myringgit-i-banjir.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements