Advertisements

BangKIT YPU Terengganu: Pembiayaan Mikro Sehingga RM20,000

Usahawan mikro di Terengganu kini berpeluang untuk memohon pembiayaan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menerusi Program Pembiayaan Mikro Bangkit (BangKIT).

Untuk makluman, BangKIT merupakan kemudahan yang diwujudkan khusus untuk usahawan mikro yang ingin membangunkan perniagaan untuk menjana pendapatan berterusan dengan kerjasama Bank Islam.

Pembiayaan ini adalah berlandaskan kepada kontrak Qard yang bermaksud sebuah kontrak pinjaman yang melibatkan dua pihak yang bertujuan memenuhi keperluan kewangan peminjam.

Antara keistimewaan yang ditawarkan ialah tiada kadar keuntungan, cagaran, dan penjamin diperlukan bagi permohonan skim ini.

Jumlah & Tempoh Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang akan diberikan bagi pemohon yang layak adalah minimum RM3,000 dan maksimum RM20,000.

Tempoh pembiayaan pula adalah minimum selama 6 bulan dan maksimum adalah selama 36 bulan atau 3 tahun.

Skop Perniagaan

Permohonan BangKIT mestilah melibatkan skop perniagaan seperti:

  1. Perbelanjaan modal.
  2. Perbelanjaan modal pusingan.

Walau bagaimanapun, pembiayaan ini tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit/pembiayaan bersama bank yang sedia ada (sekiranya ada).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Syarikat Pemilikan Tunggal atau Perkongsian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  2. Mempunyai rancangan perniagaan yang boleh diterima dan pelan perniagaan berdaya maju yang menunjukkan aliran tunai yang positif untuk membayar balik pinjaman.
  3. Mempunyai akaun dengan Bank Islam
  4. Mendapat pengesahan daripada pihak YPU.
  5. Pemohon akan dipantau dan diberi panduan oleh pihak YPU mengenai pembangunan perniagaan.
  6. Jika permohonan berjaya, pemohon perlu menghadiri program latihan pembangunan perniagaan yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan Bank Islam

Cara Memohon

Untuk permohonan BangKIT, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan berikut https://ypu.com.my/download/program-pembiayaan-mikro-bangkit/.
  2. Klik butang ‘Download’ untuk memuat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan perlu dihantar ke alamat berikut:

    Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu,
    Pusat Dagangan Terengganu (TTC),
    Padang Hiliran,
    21100 Kuala Terengganu,
    Terengganu Darul Iman.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Dokumen-dokumen Berkanun:
    – Syarikat Milikan Sendiri/Perkongsian.
    – Borang Pendaftaran Perniagaan yang telah disahkan (borang D).
    – Lesen/Permit Perniagaan yang telah disahkan.
  2. Maklumat Kewangan:
    – Syarikat Milikan sendiri/perkongsian.
    – Akaun Pengurusan untuk tahun terkini yang telah disahkan.
    – Borang B/Borang P Lembaga Hasil Dalam Negeri terkini yang telah disahkan (sekiranya ada).
    – Rancangan Perniagaan (untuk memulakan perniagaan).
  3. Penyata Bank untuk 6 bulan terkini yang telah disahkan.
  4. Latar Belakang Perniagaan termasuk:
    – Ringkasan Sejarah.
    – Gambarajah Proses Perniagaan.
  5. Maklumat berkenaan pemilik/pengurus termasuk:
    – Salinan Kad Pengenalan pemilik/rakan kongsi/pengurus yang telah disahkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BangKIT, sila layari laman web https://ypu.com.my/program-pembiayaan-mikro-bangkit/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.