Advertisements

DBGS: Bantuan Guaman Percuma Kes Sivil Selangor

Advertisements

Rakyat Negeri Selangor yang berpendapatan rendah boleh mendapatkan bantuan guaman secara percuma menerusi Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS).

DBGS adalah inisiatif bersama di antara kerajaan Selangor, Majlis Peguam Malaysia dan Majlis Peguam Selangor akan membolehkan rakyat di negeri itu yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 diberikan akses bantuan guaman secara percuma untuk kes sivil.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan peruntukan berjumlah RM1 juta untuk tempoh tiga tahun diperuntukan bagi melaksanakan dana bantuan ini.

Matlamat utama dana bantuan ini diperkenalkan adalah untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak berkemampuan mendapatkan representasi undang-undang.

Bidang Tumpuan

Terdapat 2 bidang tumpuan bagi pelaksanaan dana bantuan ini iaitu:

  • Kes sivil berkaitan keluarga yang merangkumi hak penjagaan melalui petisyen bersama dan tunggal
  • Isu pekerja.

Jumlah Bantuan

Untuk setiap kes individu, mereka akan diberi subsidi RM1,500 manakala mana-mana saman tindakan undang-undangm, mereka akan disubsidi sehingga RM2,000 maksimum.

Peguam yang akan mengadili mereka akan dipilih oleh Majlis Peguam Selangor dan seramai 7,352 peguam yang berdaftar di Selangor akan ditugaskan secara bergilir-gilir untuk mengendalikan kes yang diterima .

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Permohonan dana bantuan ini boleh dibuat di:

  • Ibu Pejabat Majlis Peguam Selangor
  • Pusat khidmat Adun Selangor
  • Pusat komuniti setempat
  • Lokasi terpilih lain yang akan diumumkan

Info Lanjut

Info lanjut mengenai DBGS, sila layari pautan https://selangorkini.my/2022/07/selangor-sedia-dana-rm1-juta-bantu-rakyat-dapat-khidmat-guaman-percuma/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements