Advertisements

Cara Semakan Permohonan & Rayuan UPUOnline Lepasan SPM

Advertisements

Semakan permohonan dan rayuan bagi status tidak berjaya untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2022/2023 UPUOnline, semakan dan rayuan boleh dibuat mulai 22 Julai 2022 jam 12.00 tengah hari.

UPUOnline merupakan sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan permohonan calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian di IPT di dalam negara.

Oleh itu, pemohon yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan permohonan dan rayuan boleh dibuat sehingga 31 Julai 2022, jam 5.00 petang.

Kategori Kemasukan

Semakan permohonan ini adalah permohonan bagi kategori kemasukan ke:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk peringkat Sijil, Asasi, dan Diploma.

Cara Membuat Semakan

Terdapat 2 cara membuat semakan permohonan iaitu:

i) Laman Web

  1. Layari laman web di bawah:
    – https://jpt.utm.my
    – https://jpt.uum.edu.my
    – https://jpt.unimas.my
    – https://jpt.ums.edu.my
    – https://jpt.umt.edu.my
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.
  3. Keputusan permohonan dipaparkan.

ii) Aplikasi Telefon Pintar

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Semakan melalui aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun menerusi platform:

  • Google Play Store
  • Apple App Store
  • Huawei App Gallery

Pengesahan Setuju Terima Tawaran

Pelajar yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dan mencetak surat tawaran mulai 23 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022.

Pengesahan boleh dilakukan di lawan web IPTA atau ILKA yang terlibat setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Permohonan Rayuan

Permohonan rayuan bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran program pengajian boleh dibuat dalam tempoh 10 hari mulai 23 Julai 2022, jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Julai 2022, jam 5.00 petang.

Untuk kemasukan ke UA, rayuan boleh dibuat menerusi pautan https://upu.mohe.gov.my manakala untuk rayuan ke Kolej Politeknik dan ILKA, rayuan boleh dilakukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Sebarang tawaran tempat pengajian bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai semakan permohonan dan rayuan melalui UPUOnline sesi 2022/2023, hubungi:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements