Advertisements

Permohonan Kemasukan Kursus Sijil Veterinar Malaysia

Orang ramai yang berminat untuk memohon kemasukan Kursus Sijil Veterinar Malaysia daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, permohonan boleh dibuat segera.

Untuk makluman, Sijil Veterinar Malaysia adalah setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.

Objektif kewujudan sijil ini adalah untuk menyediakan dan melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas teknikal di peringkat operasi ladang serta sebagai pegawai pengembangan barisan hadapan.

Permohonan boleh dibuat dan akan ditutup pada bulan September setiap tahun.

Manfaat Diperoleh

Manfaat yang akan diperoleh peserta kursus ini adalah seperti berikut:

  • Tempat penginapan
  • Makan minum
  • Elaun RM 200 sebulan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur di antara 19 hingga 25 tahun (Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pegawai kerajaan) semasa permohonan.
  2. Berkelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:
    – Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan).
    – Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
    – Lulus dalam mata pelajaran Matematik.
    – Kepujian dalam salah satu pelajaran berikut: Sains, Sains Pertanian, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Ternakan, Pengeluaran Tanaman, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteran Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumah tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat.
  3. Berjaya dalam temu duga yang dijalankan.
  4. Belum berkahwin (kecuali pegawai kerajaan).
  5. Sihat tubuh badan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560df0db70eb4.pdf?fbclid=IwAR1sGjU1U2ngXZSxpCbLPp3C416mavahHyha48iT2475h6fF9_FNNA-QBjI.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Hantar borang permohonan ke alamat berikut:

    Bahagian Pembangunan Modal Insan,
    Aras 2, Lot 4G1, Blok Podium, Wisma Tani, No.28, Persiaran Perdana, Presint 4, Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62624 Putrajaya Malaysia.

    Atau

    Institut Veterinar Malaysia,
    Km.13, Jalan Batu Pahat, Beg Berkunci 520,
    86009 Kluang Johor Darul Takzim.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai kursus Sijil Veterinar Malaysia, sila hubungi 03- 88702000 atau 07-7597000.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.