Usahawan dan usahawan tani di Negeri Kelantan yang ingin melaksanakan projek pertanian adalah dialu-alukan memohon Projek Pertanian 2023 di bawah Jabatan Pertanian Kelantan.
Projek Pertanian 2023 adalah usaha yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian untuk meningkatkan projek-projek pertanian untuk diusahakan oleh usahawan dan usahawan tani di negeri tersebut.
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 15 September 2022.
Senarai Projek Pertanian
Senarai projek pertanian yang boleh diusahakan adalah seperti berikut:
Pembangunan Tanah Terbiar
- Pembangunan Industri Padi
- Pembangunan Industri Pelbagai Komoditi
- Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana Berasaskan Pertanian dan Aktiviti Hiliran
- Pembangunan Usahawan Tani
- Projek Pembangunan Tanaman Buah-Buahan Jangka Panjang
- Projek Pembangunan Tanaman Buah-Buahan Jangka Pendek
- Projek Pembangunan Tanaman Sayuran
- Pembangunan Industri Tanaman Kelapa
- Projek Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jelapang (B40)
- Projek Pembangunan Industri Cendawan
- Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan
- Program Pembangunan Pertanian Komuniti
- Program Pembangunan Tanaman Herba
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Berumur melebihi 18 tahun.
- Mempunyai tanah sesuai sekurang-kurangnya 0.40HA (1 ekar).
- Mempunyai geran/surat perjanjian/surat kebenaran mengusahakan tanah.
- Jika pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, permohonan bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan.
- Permohonan industri kecil dan sederhana mestilah dibuat di premis yang berasingan dengan rumah kediaman.
- Borang permohonan perlu mendapat sokongan daripada penghulu mukim kawasan projek.
- Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat Pertanian Jajahan beserta salinan kad pengenalan, dan salinan geran tanah/surat kebenaran.
Cara Memohon
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk memohon:
- Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://cdn.me-qr.com/pdf/7986590.pdf.
- Isi borang tersebut dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Pertanian Jajahan berhampiran.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan geran tanah/surat kebenaran
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Projek Pertanian 2023, sila hubungi Pejabat Pertanian Jajahan:
- Bachok: 09-7788267
- Jeli: 09-9440337
- Kuala Krai: 09-9666192
- Pasir Mas: 09-7909137
- Tanah Merah: 09-9556337
- Lojing: 09-9221963
- Gua Musang: 09-9121230
- Kota Bharu: 09-7462932
- Machang: 09-9751381
- Pasir Puteh: 09-7866097
- Tumpat: 09-7257343