Advertisements

Pendaftaran Program Upskilling For Deeptech & Future Skills Sabah

Advertisements

Belia tempatan di Negeri Sabah yang masih belum mendapat pekerjaan, mereka adalah dialu-alukan untuk menyertai Program Upskilling For Deeptech and Future Skills.

Program Upskilling For Deeptech and Future Skills merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Majlis Pekerjaan Negara (MPN) dan MOSTI bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia pasca-pandemik COVID-19.

Oleh itu, belia di Negeri Sabah yang mempunyai latar belakang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, ICT, atau industri berkaitan Revolusi Perindustrian 4.0 untuk menyertai program ini.

Tarikh akhir pendaftaran bagi program ini adalah pada 22 Julai 2022 secara atas talian.

Manfaat Program

Peserta yang menyertai program ini akan memperoleh manfaat berikut:

  • Latihan Percuma
  • Elaun Sara Hidup
  • Peluang penempatan pekerjaan di syarikat-syarikat yang dipadankan

Syarat Penyertaan

Syarat penyertaan yang ditetapkan bagi belia yang ingin menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Berumur 21-35 tahun
  2. Terbuka kepada Lepasan Graduan Diploma/Ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)
  3. Penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang baik
  4. Boleh memberi komitmen kerja untuk sekurung-kurangnya 3 bulan dengan mana-mana syarikat yang dipadankan serta boleh ditempatkan di mana-mana negeri di Malaysia

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Klik pautan pendaftaran berikut https://forms.gle/H2KoR9dL1ebrvR9u6.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk melengkapkan penyertaan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut untuk Program Upskilling For Deeptech and Future Skills, sila hubungi di talian 010-766 9615.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements