Advertisements

SERY KBS: Sertai Program Keusahawanan Sosial Belia

Advertisements

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperkenalkan sebuah program terbaharu iaitu Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) di bawah Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 atau SEMy2030.

SERY adalah program khusus untuk membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial dalam usaha mengupayakan belia agar dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar.

Program ini menggabungkan menggabungkan latihan, bimbingan dan pementoran yang akan dilaksanakan 6 bulan.

Pelaksanaan program ini dilakukan dengan kerjasama myHarapan iaitu sebuah badan bukan kerajaan dalam bidang keusahawanan sosial selaku rakan pelaksana dengan sokongan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), dan United Nations Development Programme (UNDP) selaku rakan strategik program.

Bgai belia yang berumur antara 18 sehingga 30 tahun yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 31 Julai 2022.

Syarat Penyertaan

Beliau yang ingin menyertai program ini perlu memenuhi syarat penyertaan seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia.
  2. Berusia 18-30 tahun (Pelajar IPT/Orang Awam);
  3. Idea keusahawanan sosial pemohon haruslah tergolong dalam salah satu kategori di bawah:
    – Pembangunan Komuniti
    – Pendidikan; atau
    – Alam Sekitar
  4. Setiap kumpulan dikehendaki mencadangkan satu idea keusahawanan sosial yang boleh menangani masalah sosial.
  5. Penyertaan berkumpulan (minimum 3 orang dan maksimum 5 orang).

Cara Menyertai

Penyertaan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari pautan pendaftaran iaitu https://bit.ly/SERY2022.
  2. Baca syarat penyertaan dan klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat pendaftaran yang ditetapkan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar penyertaan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai program SERY, sila hantar email ke alamat [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements