Advertisements

Permohonan Program Lesen Memandu MAIPk Asnaf Negeri Perak

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka peluang kepada semua asnaf Fakir Miskin yang memerlukan kelas lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga menerusi Program Lesen Memandu MAIPk.

Program ini adalah khusus kepada asnaf di negeri Perak sahaja dan asnaf yang terpilih akan mengikuti program ini di salah satu daripada 3 institut memandu yang ditetapkan.

Para asnaf yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan sebelum 31 Julai 2022.

Kumpulan Lesen Yang Ditawarkan

Kumpulan lesen yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti:

  • Lesen Memandu CDL: (Pemandu Komersial) untuk:
    – Kelas C (Motosikal Roda Tiga)
    – Kelas E (Motolori)
    – Kelas H (Jentera Beroda)
  • Lesen Vokasional GDL (Kenderaan Barangan) untuk:
    – Kelas C (Motosikal Roda Tiga)
    – Kelas D (Lori BTM 3500<)
    – Kelas E (Lori Kejur)
    – Kelas E (Lori Trailer – Bersendi)
  • Lesen Vokasional PSV: (Kenderaan Perkhidmatan Awam):
    – Kelas D (Van/Bas Mini)
    – Kelas E (Bas)

Institut Memandu

3 institut memandu yang ditetapkan menerusi program ini adalah:

  • Institut Memandu Anggerik Muhibbah Sdn Bhd
  • Sri Perak E-Driving Centre Sdn Bhd
  • Institut Memandu Gabongan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn Bhd.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk para asnaf yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Bermastautin di negeri Perak.
  3. Berpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin).
  4. Berumur 21 tahun ke atas.
  5. Memiliki lesen memandu Kelas D Penuh.
  6. Memiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja).
  7. Bebas saman/tidak disenarai hitam oleh JPJ dan PDRM.
  8. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M).

Cara Memohon

Para asnaf yang berminat, sila ikuti cara memohon berikut:

  1. Muat turun permohonan di pautan https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20bantuan%20latihan%20kemahiran.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen utama.
  4. Hantar semua dokumen ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal atau pos ke alamat:

    Unit Pemerkasaan Asnaf,
    Bahagian Agihan Zakat
    Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak.

Dokumen Utama

Dokumen utama yang perlu disediakan dan dihantar adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan/Pasport pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan pasangan pemohon (jika berkahwin).
  3. Salinan Kad Pengenalan bapa/penjaga.
  4. Salinan Kad Pengenalan ibu/pasangan penjaga.
  5. Salinan Kad Pengenalan semua ahli isi rumah.
  6. Salinan penyata pendapatan pemohon.
  7. Salinan penyata pendapatan pasangan pemohon.
  8. Salinan penyata pendapatan bapa/penjaga.
  9. Salinan penyata pendapatan ibu/pasangan penjaga.
  10. Salinan Sijil Nikah/Cerai/Kematian (jika berkenaan).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Lesen Memandu MAIPk, sila hubungi Unit Pemerkasaan Asnaf di talian 019-5711384.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.