Usahawan Bumiputera dalam sektor utama boleh memohon pembiayaan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM).
SPiM merupakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor utama iaitu Perdagangan, Perkhidmatan dan Pembuatan kecuali Pertanian dan Penternakan.
Oleh itu, usahawan Bumiputera adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan secara atas talian dengan kadar segera.
Kadar & Tempoh Pembiayaan
Kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM250,000 bagi milikan tunggal/perkongsian manakala pembiayaan sehingga RM500,000 bagi Syarikat Sdn. Bhd.
Tempoh pembiayaan adalah selama 1-10 tahun atau 12-120 bulan.
Skop Pembiayaan
Skop pembiayaan ini adalah dikhaskan untuk kegunaan berikut:
- Modal Pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralatan
- Ubah suai Premis Perniagaan
Jaminan/Cagaran
Jaminan atau cagaran yang dikenakan adalah seperti:
i) Jaminan
Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
ii) Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau
iii) Gabungan kedua-duanya sekali; atau
iv) Simpanan Tetap
Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan dan pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn. Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.
Syarat Asas
Syarat asas yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Warganegara dan Bumiputera.
- Berumur 18-60 tahun.
- Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
- Mempunyai premis perniagaan.
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
- Perniagaan patuh Syariah.
- Bebas dari senarai hitam MARA.
- Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas).
- Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web permohonan iaitu http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/.
- Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Ikut arahan dan buat permohonan dengan lengkap.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai SPiM, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/.