Advertisements

Cara Permohonan Pengeluaran Dividen Tahun Kewangan 2021 KPF

Ahli Koperasi Permodalan FELDA (KPF) boleh membuat permohonan pengeluaran dividen tahun kewangan 2021 mulai 7 Julai 2022.

Untuk pengetahuan, KPF yang dahulunya dikenali sebagai Koperasi Permodalan FELDA Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948 (ditukarkan kepada Akta Koperasi 1993).

Objektif penubuhan KPF adalah untuk menjadikan KPF sebagai suatu wadah simpanan dan pelaburan warga FELDA selain memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan pengeluaran dividen KPF tahun kewangan 2021 boleh dibuat mulai 7 Julai 2022 sehingga 7 Ogos 2022.

Pembayaran dividen akan dibuat mulai 15 Julai 2022 secara berperingkat-peringkat.

Syarat Menjadi Anggota

Bagi mereka yang ingin menjadi anggota KPF, mereka perlulah:

  1. Berumur 18 Tahun dan ke atas.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Malaysia.
  4. Peneroka/Kakitangan Felda.
  5. Merupakan isteri/anak peneroka/kakitangan
    Felda.
  6. Bukan seorang bankrap.
  7. Tidak hilang upaya dari segi mental.
  8. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar.
  9. Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Bayaran Kemasukan

Untuk setiap kemasukan ke KPR, bayaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM20.00.

Jumlah Dividen 2021

Pihak KPF memaklumkan, jumlah dividen yang akan diterima ahli koperasi tersebut pada tahun 2021 adalah sebanyak 7% (selepas mengambil kira peruntukan zakat 2.5%).

Jumlah agihan bagi dividen tahun 2021 adalah sebanyak 152.41 juta.

Cara Mohon Pengeluaran

Untuk memohon pengeluaran, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.kpf.my/.
  2. Klik bahagian ‘e-servis’ dan seterusnya ‘e-dividen.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan butang ‘Hantar.’
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik ‘kod pengesahan.’
  5. Kod Pengesahan (TAC) akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang didaftarkan.
  6. Masukkan nombor ‘kod pengesahan’ dan klik butang ‘Hantar.’

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran dividen KPF bagii tahun kewangan 2021, sila layari laman web https://www.kpf.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.