Individu di Negeri Kelantan yang berminat untuk menambah kemahiran sebagai pengasuh di Rumah, Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan telah menawarkan satu skim iaitu Skim Halimatul Saadiah.
Skim Halimatul Saadiah ialah skim yang menawarkan latihan dan bimbingan untuk pengasuh di rumah di Negeri Kelantan.
Peserta akan menjalani kursus dan mendapat bantuan bagi membolehkan mereka menjadi pengasuh di rumah yang berkemahiran.
Pemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan mulai 6 Julai 2022 sehingga 17 Julai 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.
Kelebihan Skim
Antara kelebihan yang bakal diperoleh peserta skim ini adalah seperti:
- Kursus disediakan.
- Bantuan wang tunai secara “One Off” sebanyak RM300.00.
- Group Whatsup bersama pengasuh di seluruh Negeri Kelantan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan kepada para pemohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan bermaustautin di Kelantan.
- Berumur 25 tahun ke atas.
- Sedang mengasuh sekurang-kurangnya 2 orang bayi atau kanak-kanak dirumah (anak atau cucu sendiri tidak diambil kira).
- Mempunyai pengalaman mengasuh sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Berminat untuk terus menjadi pengasuh di rumah.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1qOqvr7Bb3GKqkf4rn3Ke7emCKahniXdT/view?fbclid=IwAR30EpGt6wyjSzai36752GtRMebpq8gY8sUw2XOhcbRJ-s-u5Q-tAxAagC4.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan melalui serahan tangan, pos, faks atau email ke alamat:
Unit Pembangunan Keluarga,
Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan
Wanita Kerajaan Negeri Kelantan,
Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.
No. Faks : 09-7481959
Alamat email : [email protected]
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar adalah seperti:
- Borang permohonan yang lengkap.
- 1 keping gambar pemohon (saiz paspot@3R).
- 1 keping gambar tempat mengasuh berserta kanak-kanak yang dijaga.
- 1 keping salinan kad pengenalan pemohon.
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Skim Halimatul Saadiah, sila hubungi Unit Pembangunan Keluarga ditalian 013-9836915 atau 09-7476568.