Advertisements

SPEAK: Permohonan Dana Sinergi Pemerkasaan NGO Wanita Johor

Advertisements

NGO Wanita di Negeri Johor boleh mendapatkan dana daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim menerusi Sinergi Pemerkasaan NGO Wanita Johor (SPEAK).

SPEAK 2022 adalah program yang bertujuan mengintegrasikan fungsi dan peranan agensi kerajaan dan NGO wanita dalam memperkasa wanita, keluarga dan masyarakat Negeri Johor.

Program ini juga telah diwartakan dalam Belanjawan Johor 2022 di bawah Agenda 11 Johor Prihatin.

Oleh itu, NGO Wanita di Negeri Johor adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan secara atas talian dengan segera.

Inisiatif Program

Terdapat 2 inisiatif yang dilaksanakan di bawah SPEAK 2022 iaitu:

i) Sesi Town Hall

Sesi Town Hall SPEAK yang merupakan sesi ramah mesra, taklimat dan soal jawab berkenaan perkhidmatan dan fungsi NGO serta agensi terlibat melibatkan beberapa sesi pertemuan dengan kerjasama Jawatankuasa SPEAK 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Kaedah pelaksanaannya melibatkan 3 siri iaitu siri 1, 2 dan 3 (mengikut siri dan tema):

  • Agenda Pemerkasaan Wanita
  • Agenda Pemerkasaan Keluarga
  • Agenda Pemerkasaan Masyarakat

Selain itu, sesi ini juga mempunyai Bengkel Resolusi dan 1 sesi town hall bagi resolusi/rumusan.

ii) Pelaksanaan Program Kerjasama NGO Bersama Agensi

Pelaksanaan program dan inisiatif mensejahterakan rakyat Negeri Johor dengan kerjasama Jawatankuasa SPEAK dan agensi kerajaan serta NGO wanita merangkumi program-program berkonsepkan seminar, webinar, bengkel, kursus, sukan, kekeluargaan dan kemasyarakatan berpandukan 3 bidang utama iaitu:

  • Program Pemerkasaan Wanita
  • Program Pemerkasaan Keluarga
  • Program Pemerkasaan Masyarakat

Selain itu, NGO wanita dan NGO yang dipengerusikan oleh wanita boleh memohon peruntukan di bawah YPKDT bagi menjalankan program-program sinergi pemerkasaan wanita, keluarga dan masyarakat mengikut bidang keutamaan dengan jumlah tidak melebihi RM5,000.00 bagi satu-satu program.

Syarat Kelayakan

NGO yang layak dipertimbangkan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. NGO wanita atau NGO yang dipengerusikan oleh wanita.
  2. NGO yang aktif menjalankan program/ aktiviti wanita dan kemasyarakatan.
  3. NGO yang menjalankan program kepada golongan sasar YPKDT dan jabatan di bawah potfolio/ Jawatankuasa SPEAK seperti wanita, ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah (B40), wanita profesional, belia, remaja, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan sebagainya.
  4. NGO yang menjalankan aktiviti serta inisiatif menepati bidang keutamaan yang telah ditetapkan iaitu program pemerkasaan wanita, keluarga dan masyarakat.
  5. NGO yang ditubuhkan secara rasmi, berdaftar, bertaraf tempatan dan diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor bersesuaian dengan dasar dan kuasa undang-undang negeri ini yang berkaitan bagi melaksanakan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk wanita, keluarga dan masyarakat.
  6. NGO yang tidak berorientasikan keuntungan (non-profit making).
  7. NGO yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh akan lebih dipertimbangkan.
  8. NGO yang bersedia menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan dan lain-lain pihak dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan dan pemerkasaan wanita, keluarga dan masyarakat.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/aaM92rbYpSbLYi1J6.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Muat naik kertas kerja.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar kertas kerja.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

  • YPKDT : 07-2666526
  • Cik Faizah : 010-7956068
  • Pn. Marjana : 011-27544649
  • Pn. Syahira : 012-7020156

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements