Graduan muda yang berminat untuk menyertai Yayasan PETRONAS adalah dialu-alukan memohon program latihan sambil bekerja di yayasan tersebut iaitu PROTEGE-GEES.
PROTEGE-GEES merupakan program selama 12 bulan menerusi latihan sambil bekerja di Yayasan PETRONAS di bawah Program MySTEP PETRONAS.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan baharu untuk mendapatkan pekerjaan jangka panjang atau untuk menubuhkan perniagaan mereka sendiri.
Graduan yang berminat boleh mengemukakan permohonan sebelum 31 Julai 2022.
Manfaat Program
Manfaat yang bakal diperoleh graduan menerusi program ini adalah:
- Kemahiran insaniah
- Elaun bulanan sebanyak RM2,000 (SOCSO dan KWSP adalah termasuk).
- Insurans peribadi kemalangan.
- 12 hari cuti tahunan.
- Tiket kapal terbang pergi dan balik untuk peserta daripada Malaysia Timur.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi graduan yang ingin memohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 26 tahun.
- Pemegang Ijazah Sarjana Muda minimum dengan PNGK minimum 3.0.
- Menganggur atau tidak bekerja dalam bidang kelayakan siswazah yang tidak berkaitan.
- Tidak menghadiri sebarang program yang sama ditawarkan oleh GLC/syarikat lain.
- Mempunyai Ijazah Pertama daripada bidang:
– Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan
– Sains Aktuari
– Pentadbiran Perniagaan
– Multimedia dan Komunikasi
– Sumber Manusia
– Undang-Undang
Cara Memohon
Graduan yang berminat boleh menghantar CV kepada pihak Yayasan PETRONAS ke alamat [email protected].
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai PROTEGE-GEES, sila layari laman web Yayasan PETRONAS iaitu https://www.yayasanpetronas.com.my/.