Advertisements

myezycover.com: Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia

Penjawat awam di seluruh negara boleh mendapatkan pembiayaan insurans dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 bulan menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia melalui platform myezycover.com.

Inisiatif ini merupakan kerjasama strategik antara agensi awam, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama strategik daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan penyedia platform pembiayaan kewangan, A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH).

Pembiayaan ini dijangka akan memanfaatkan seramai 1.6 juta penjawat awam termasuk bertaraf kontrak dan turut diperluaskan kepada kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan sektor swasta dalam masa terdekat.

Usaha ini dapat membantu penjawat awam mengurangkan tekanan kewangan terutamanya setiap kali mereka memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan.

Manfaat Pembiayaan

Penjawat awam akan menerima manfaat-manfaat berikut menerusi program pembiayaan ini iaitu:

  • Kemudahan pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan melalui pembiayaan tanpa faedah atau sifar peratus.
  • Penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan tanpa apa-apa bayaran pendahuluan.
  • Bayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan, melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).
  • Penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan di hujung jari dengan ‘Mudah, Jimat dan Pantas’ dalam tempoh lima minit.
  • Pembiayaan ini berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan, yang merupakan pinjaman tidak membabitkan faedah atau unsur riba.

Cara Memperbaharui Insurans

Untuk memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan melalui myezycover.com, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://myezycover.com.my/.
  2. Klik butang ‘Sebutharga.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Dapatkan Sebutharga.’
  4. Pilih tawaran sebutharga yang terbaik.
  5. Buat bayaran.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program pembiayaan menerusi myezycover.com, sila layari laman web https://myezycover.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.