Advertisements

Aduan Permohonan Bantuan Beras Bangsa Johor

Advertisements

Rakyat di Negeri Johor yang masih belum menerima bantuan beras daripada Kerajaan Negeri Johor, mereka boleh membuat aduan menerusi Sistem Aduan Permohonan Bantuan Beras Bangsa Johor.

Sistem Aduan Permohonan Bantuan Beras Bangsa Johor diwujudkan sebagai saluran kepada rakyat Negeri Johor untuk menyampaikan aduan mengenai bantuan beras yang tidak diterima oleh mereka.

Ini bagi memastikan setiap rakyat Negeri Johor menerima bantuan beras yang dijanjikan tanpa adanya mereka yang ketinggalan dalam menerima bantuan ini.

Oleh itu, mereka yang masih lagi belum menerima bantuan beras dikehendaki mengisi borang tersebut mulai 29 Jun 2022 sehingga 6 Julai 2022.

Mengenai Bantuan Beras Bangsa Johor

Bantuan Beras Bangsa Johor merupakan merupakan salah satu Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) yang diumumkan Kerajaan Negeri Johor.

Menerusi inisiatif ini, sebanyak 10 kilogram beras akan diedarkan kepada setiap rumah di Negeri Johor secara berperingkat-peringkat bermula 27 April 2022.

Bantuan ini diberikan sebagai merupakan salah satu langkah proaktif dan keprihatinan kerajaan negeri bagi meringankan sedikit bebanan hidup rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Bantuan ini dijangka diagihkan kepada 903 ribu isi rumah yang akan memberikan manfaat kepada 3.67 juta penduduk di Negeri Johor.

Cara Membuat Aduan

Aduan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut https://aduanberas.johor.my/.
  2. Isi maklumat berikut:
    – Nama
    – No kad pengenalan
    – No Telefon
    – Daerah
    – Alamat
    – DUN
    – Kod Pengesahan
  3. Klik butang ‘Hantar Aduan.’

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Aduan Permohonan Bantuan Beras Bangsa Johor, sila layari https://aduanberas.johor.my/ atau menghubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim di talian 07-2666526.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements