Advertisements

Permohonan Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut & Darat RM300

Advertisements

Jabatan Perikanan Negeri Johor memaklumkan nelayan laut dan darat di negeri tersebut masih berpeluang untuk membuat permohonan Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut dan Darat yang diumumkan Kerajaan Negeri Johor.

Kerajaan Negeri Johor menerusi menteri besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan pemberian Bantuan Kasih Bangsa Johor pada bulan April yang lalu.

Antara yang menerima manfaat daripada bantuan ini adalah nelayan laut dan darat yang mestilah berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Johor.

Menerusi bantuan ini, Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM3.38 juta dengan sasaran penerima sebanyak 11,267 orang.

Nelayan laut dan darat yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 16 Jun 2022 menerusi borang yang disediakan.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada nelayan laut dan darat yang berdaftar dan layak adalah sebanyak RM300.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan ialah nelayan laut dan darat yang ingin memohon mestilah berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Johor.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang boleh diperoleh di Jabatan Perikanan Daerah yang berhampiran.

Untuk mengetahui lokasi Jabatan Perikanan Daerah yang berhampiran, sila layari pautan berikut https://www.dof.gov.my/hubungi-kami/lokasi-pejabat-perikanan-daerah/.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama ke Jabatan Perikanan Daerah ialah:

  1. Kad Pengenalan bagi tujuan verifkasi
  2. Borang permohonan yang lengkap
  3. Salinan MyKad Biru yang disahkan
  4. Salinan lesen vesel dan peralatan menangkap ikan / lessen menangkap ikan darat yang sah tempoh
  5. Salinan Kad Nelayan yang sah tempoh (bagi nelayan laut sahaja)
  6. Penyata akuan yang aktif dan disahkan oleh bank berkenaan
  7. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kasih Bangsa Johor Nelayan Laut dan Darat ini boleh dirujuk melalui laman Facebook Pejabat Perikanan Negeri Johor iaitu https://www.facebook.com/PejabatPerikananNegeriJohor/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.