Advertisements

Permohonan Geran Kandungan Digital 2022 MDEC RM50,000

Advertisements

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah membuka permohonan bagi pihak yang ingin membangunkan kandungan digital menerusi Geran Kandungan Digital 2022.

Geran Kandungan Digital diperkenalkan bagi membantu syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad membangunkan kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk animasi, komik digital, media interaktif dan permainan digital.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, pada tahun lalu, MDEC telah menerima 111 permohonan sebelum meluluskan RM1.9 juta memanfaatkan 39 pemohon.

Pelaksanaan geran ini pada tahun 2022 adalah sebahagian siri inisiatif pembiayaan untuk industri kandungan kreatif yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 36.4 juta sejak 2016.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 29 Julai 2022 secara online.

Objektif Pelaksanaan

Objektif pelaksanaan geran ini adalah untuk mencapai perkara berikut:

  • Untuk mendorong penciptaan kandungan kreatif digital baharu yang ada supaya dapat diterima, dipasarkan dan dipamerkan di seluruh dunia.
  • Untuk memberi peluang dan menyediakan platform kepada pencipta kandungan kreatif digital untuk mengembangkan dan menghasilkan kandungan kreatif digital.
  • Untuk menyokong pencipta kandungan kreatif digital dalam pemasaran digital dan mempromosikan kandungan kreatif digital sedia ada.

Skop & Jumlah Geran

Skop dan jumlah geran yang ditawarkan adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

i) Pembangunan & Produksi

SkopKeteranganJumlah Geran
AnimasiUntuk
menghasilkan Filem
Animasi Pendek/
Episod Pilot/PSA/
Sizzle Trailer dalam
masa 6 bulan.
RM50,000
Media InteraktifUntuk
menghasilkan
Permainan Digital
atau Media Interaktif
yang lengkap (Demo,
Kandungan Yang
Boleh Dimuat turun)
dalam masa 6 bulan.
RM50,000
Komik DigitalUntuk
menghasilkan Komik
Digital atau Komik
Motion lengkap
(Minimum 44 halaman/264 kolum komik)
RM15,000

ii) Ekploitasi IP dan Pemasaran Digital

Bagi skop Animasi, Media Interaktif, dan Komik Digital melibatkan Ekploitasi IP dan Pemasaran Digital, jumlah geran yang ditawarkan adalah RM50 ribu untuk menghantar bahan-bahan pemasaran dan melaksanakan pelan pemasaran dalam tempoh 6 bulan.

Syarat Permohonan

Permohonan adalah tertakluk kepada syarat permohonan seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada pihak berikut:
    – Syarikat: Diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016; dan masih aktif serta minima 51% ekuiti dimiliki rakyat Malaysia.
    – Enterprise: Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1956 dan masih aktif serta minima 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia.
    – Perkongsian Liabiliti Terhad: Didaftarkan di Malaysia di bawah Akata Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan masih aktif serta minima 51% dimiliki oleh rakyat Malaysia.
  2. Tidak tertakluk kepada kepada perintah pembubaran, penggulungan dan muflis dan tidak mempunyai isu usaha berterusan.
  3. Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan dan mendedahkan jika terdapat sebarang hubungan perniagaan/hubungan kekeluargaan yang rapat dengan mana-mana pengarah atau pekerja MDEC.
  4. Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan dan mendedahkan jika tersenarai sebagai pesalah rasuah di SPRM.
  5. Pengarah/pemegang saham syarikat untuk mengisytiharkan jika mereka berada di bawah sebarang litigasi.
  6. Syarikat yang mempunyai pemegang saham yang sama hanya boleh mengemukakan satu permohonan untuk geran yang dipohon dalam MDEC.
  7. Jika syarikat sebelum ini telah menerima sebarang geran MDEC/kerajaan, pemohon mestilah:
    – Mengemukakan bukti projek telah diselesaikan; dan
    – Mengisytiharkan sebarang notis ketidakpatuhan/pelanggaran yang direkodkan dalam tempoh projek yang dibiayai.
  8. Bukan penyiar, rangkaian televisyen, platform OTT (over-the top) dan syarikat media.
  9. Perniagaan syarikat ialah perkhidmatan berkaitan teknologi.

Proses Pemilihan

Sekiranya pemohon terpilih, pemohon akan dijemput ke sesi pembentangan pada Ogos sebelum kelulusan geran diumumkan pada September.

Selepas mendapat kelulusan, penerima geran akan diberi tempoh enam bulan bagi menyiapkan kandungan digital tersebut.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan berikut iaitu https://mdec.my/ms/dcgprisma2022/ selepas tarikh permohonan dibuka.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Geran Kandungan Digital 2022, sila layari laman web https://mdec.my/ms/dcgprisma2022/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.