Advertisements

Pengambilan Munsyi Dewan (Sastera) DBP 2022

Advertisements

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah membuka permohonan bagi individu yang berminat untuk memohon sebagai Munsyi Dewan (Sastera) bagi tahun 2022.

Munsyi Dewan ialah penceramah bahasa Melayu yang dilantik DBP untuk mengendalikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu di sektor awam dan swasta.

Peranan ini telah diwujudkan sejak tahun 1995 untuk mewujudkan pakar rujuk bahasa Melayu bagi membantu DBP dalam usaha mengembangkan Bahasa Melayu.

Sejak tahun 2013, seramai 46 Munsyi Dewan (Sastera) telah dilantik oleh DBP.

Individu yang berminat untuk memohon boleh membuat permohonan secara atas talian sehingga 15 Julai 2022.

Peranan & Tanggungjawab

Antara peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh munsyi yang dilantik adalah seperti berikut:

  • Betanggungjawab menyampaikan maklumat mengenai Bahasa Melayu seperti yang telah diputuskan oleh DBP.
  • Berperanan membantu DBP dalam menyampaikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu.
  • Menjaga nama baik DBP kerana Munsyi Dewan telah dilantik atau ditauliahkan oleh DBP.

Syarat Permohonan

Pemohon yang berminat untuk memohon perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Berumur tidak melebihi 50 tahun.
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana atau Doktor Falsafah dalam jurusan Kesusasteraan Melayu daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
  3. Memiliki hasil karya penulisan sendiri seperti novel, cerpen, puisi, esei, teori, dan kritikan sastera atau biografi.
  4. Bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kesusasteraan pada peringkat daerah, negeri, atau kebangsaan.
  5. Bersedia menghadiri Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan (Sastera) 2022 dengan bayaran yuran pendaftaran RM50.00 dan yuran bengkel sebanyak RM300.00.
  6. Pentauliahan akan dibuat dalam satu majlis yang akan ditentukan oleh DBP.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://docs.google.com/document/u/0/d/1L9E6KL9sVuPIdkV0wTQs9q0N9TR7Q9VexsKLii2el00/mobilebasic?urp=gmail_link.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  4. Hantar borang permohonan yang lengkap ke alamat berikut:

    Ketua Akademi DBP,
    Dewan Bahasa dan Pustaka,
    Aras 4, Wisma DBP,
    Jalan Dewan Bahasa,
    50460 Kuala Lumpur

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan ini Pengurus Projek DBP, sila hubungi Puan Niarwati Binti Jepon di talian 03-2147 0212/012-278 5959.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.