Advertisements

Bantuan Pekerja GiG Johor: Pembayaran RM300 Melalui Akaun Bank

Menerui Bantuan Kasih Bangsa Johor, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Pekerja GiG khusus kepada pekerja ekonomi GiG di negeri tersebut.

Untuk makluman, pelaksanaan bantuan ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada bulan April yang lalu.

Bantuan ini adalah kesinambungan dari bantuan petrol RM150 seperti yang diumumkan pada Belanjawan Johor 2022 yang diumumkan tahun lalu.

Kemudiannya, Kerajaan Negeri Johor menambah baik menerusi pelaksanaan bantuan ini yang akan memberikan manfaat lebih besar kepada mereka yang terlibat dalam ekonomi GiG di Negeri Johor.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh pekerja GiG yang layak adalah sebanyak RM300.

Kategori Penerima

Kategori pekerja ekonomi GiG yang akan menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pemandu teksi
  • E-Hailing
  • Penghantar makanan

Kemas Kini Maklumat

Untuk makluman, permohonan baharu bagi bantuan ini tidak dibuka kerana data penerima diambil daripada permohonan Insentif petrol RM150 yang dibuka pada bulan Januari hingga Februari 2022 yang lalu.

Pemohon sebelu, ini yang telah layak akan mendapat satu SMS makluman daripada Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) bagi mengemaskini no akaun bank yang aktif beserta lampiran untuk proses agihan pembayaran.

Kemaskini maklumat no akaun bank yang aktif perlu dilakukan sebelum 9 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh dirujuk melalui Facebook Perbadanan Pengangkutan Awam Johor di pautan https://www.facebook.com/officialpaj.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.