Advertisements

Cara Mohon Pahang Pride Kid 2022: RM200 Bagi Setiap Kelahiran

Advertisements

Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan wang saguhati kepada setiap anak yang baru dilahirkan di negeri tersebut iaitu Pahang Pride Kid.

Pada tahun ini, kerajaan negeri mengumumkan pemberian wang saguhati sebanyak RM200 menerusi Pahang Pride Kid kepada setiap bayi yang baru dilahirkan.

RM100 akan diperuntukkan bagi pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang dan selebihnya adalah untuk simpanan masa depan anak terbabit menerusi akaun simpanan i-Nuri.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk menaikkan bantuan ini kepada RM300 pada tahun 2023.

Langkah ini merupakan satu inisiatif bagi menggalakkan kadar kelahiran di negeri tersebut yang masih rendah iaitu hanya 25,000 kelahiran pada tahun 2021.

Syarat Kelayakan

Hanya 2 syarat kelayakan yang dikenakan bagi memohon inisiatif ini iaitu:

  1. Bayi dilahirkan ialah warganegara Malaysia.
  2. Dilahirkan di Negeri Pahang.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari laman web eRakyat Pahang iaitu https://erakyat.pahang.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Cetak permohonan terbabit.
  5. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berhampiran.
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dibawa ke Bank Rakyat adalah:

  1. Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
  2. Sijil lahir kanak-kanak.
  3. Sijil tahniah Bayi Kebangaan Pahang 2022.
  4. Slip pendaftaran e-Rakyat.

Info Lanjut

Layari laman web Kerajaan Negeri Pahang iaitu https://www.pahang.gov.my/ untuk mengetahui info lanjut mengenai Pahang Pride Kid.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.