Bagi golongan Fakir, Miskin dan B40 di Negeri Sembilan yang ingin menjadi usahawan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membuka permohonan bagi mereka untuk mendapatkan Bantuan Keusahawanan.
Bantuan Keusahawanan ini diberikan untuk membantu golongan Fakir, Miskin dan B40 yang ingin berdikari dan meningkatkan taraf ekonomi menerusi aktiviti keusahawanan.
Untuk mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang disediakan.
Permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Negeri Sembilan.
- Perniagaan merupakan sumber pendapatan utama.
- Perniagaan dijalankan sepenuh masa.
- Tertakluk pada pengiraan had kifayah.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turun borang permohonan di pautan https://mains.gov.my/v2/images/borang/borangkebajikan2022.pdf.
- Borang permohonan mestilah diisi dengan jelas dan lengkap menggunakan huruf besar.
- Sediakan dokumen lampiran.
- Hantar semua dokumen ke pejabat MAINS daerah yang berhampiran.
Dokumen Lampiran
Dokumen lampiran yang perlu dihantar adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/penjaga.
- Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan tanggungan pemohon.
- Salinan Sijil Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian (jika ada).
- Salinan Bil Air/Elektrik tempat tinggal pemohon yang terkini.
- Salinan Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan pemohon dan pasangan.
- Salinan Buku Akaun/Penyata Akaun Bank (milik pemohon).
- Salinan Lesen Berniaga/Lesen Pendaftaran SSM/Lesen Nelayan.
- Salinan Penyata KWSP (jika berkenaan).
- Penyata Bank Pinjaman Perumahan/Pengesahan Tuan Rumah.
- Sebut harga barang dari kedai (jika berkenaan).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Keusahawanan ini, sila layari laman web MAINS iaitu https://www.mains.gov.my/.