Advertisements

PPT KBS: Pembiayaan Yuran Pendaftaran Persijilan Latihan Kemahiran

Belia di Malaysia yang ingin mendapatkan persijilan latihan kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menawarkan tajaan pembiayaan yuran pendaftaran bagi mendapatkan persijilan latihan kemahiran menerusi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

PPT merupakan inisiatif KBS bagi kepada belia dalam mendapatkan persijilan latihan kemahiran melalui kaedah pengiktirafan pencapaian terdahulu secara percuma.

Inisiatif ini akan menggalakkan lebih ramai belia mendapatkan persijilan latihan kemahiran yang akan dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran mereka.

Belia yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 25 Mei 2022 hingga 30 Jun 2022 sahaja.

Tahap & Tempoh Pengalaman

Tahap dan tempoh pengalaman yang layak untuk memohon persijilan latihan kemahiran ini adalah seperti berikut:

TahapTempoh Pengalaman
SKM Tahap 11 tahun pengalaman kerja
SKM Tahap 22 tahun pengalaman kerja
SKM Tahap 1 & 22 tahun pengalaman kerja
SKM Tahap 33 tahun pengalaman kerja
SKM Tahap 2 & 33 tahun pengalaman kerja
SKM Tahap 1, 2 & 33 tahun pengalaman kerja
SKM Tahap 1, 2, 3, & DKM5 tahun pengalaman kerja
SKM Tahap 2, 3, & DKM5 tahun pengalaman kerja
SKM Tahap 3 & DKM5 tahun pengalaman kerja
DKM5 tahun pengalaman kerja
SKM Tahap 1, 2, 3, DKM & DLKM7 tahun pengalaman kerja
SKM Tahap 2, 3, DKM & DLKM7 tahun pengalaman kerja
SKM Tahap 3, DKM & DLKM7 tahun pengalaman kerja
DKM & DLKM7 tahun pengalaman kerja
DLKM7 tahun pengalaman kerja

Syarat Permohonan

2 syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh belia yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Berumur 18 hingga 40 Tahun.
  2. Mempunyai kemahiran dan pengalaman kerja melebihi 3 tahun dalam bidang TVET.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdSUeAWz_0Wkits6_GzubasJvXqc5UMJ1l8UFti9i9vUCr2cQ/viewform.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PPT, layari laman web KBS iaitu https://www.kbs.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.