Advertisements

THiJARI Biz: Caruman Potongan Gaji Tabung Haji Pekerja

Advertisements

Majikan kini boleh membuat caruman potongan gaji kepada akaun Tabung Haji pekerja menerusi sebuah perkhidmatan atas talian yang dikenali sebagai THiJARI Biz.

THiJARI Biz adalah sebuah perkhidmatan atas talian yang membolehkan majikan melaksanakan caruman potongan gaji bulanan pekerja ke dalam akaun mereka di Tabung Haji.

Perkhidmatan ini disediakan buat semua majikan yang yang berdaftar dengan Tabung Haji ke atas pekerja mereka yang mempunyai akaun Tabung Haji.

Majikan yang berminat boleh membuat pendaftaran menerusi borang pendaftaran yang disediakan.

Amaun Caruman

Amuan caruman yang boleh dipindahkan ke akaun Tabung Haji pekerja adalah minima ialah RM1.00 manakala maksima ialah RM1,000,000 bagi setiap transaksi.

Perkhimatan Lain

Perkhidmatan lain yang disediakan menerusi perkhidmatan atas talian ini adalah seperti:

  1. Potongan gaji.
  2. Sejarah transaksi.
  3. Kemaskini profil syarikat/organisasi.
  4. Mana-mana perkhidmatan baharu lain yang mungkin ditawarkan oleh Tabung Haji dari semasa ke semasa.

Cara Mendaftar

Pendaftaran perkhimatan atas talian ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Klik pautan berikut https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/thijari-biz-caruman-potongan-gaji#6093.
  2. Muat turun borang JP038.
  3. Lengkapkan borang pendaftaran tersebut.
  4. Email borang beserta salinan SSM melalui email [email protected]
  5. Tabung Haji akan menghantar kod majikan melalui email.
  6. Majikan akan menerima kod pengaktifan melalui SMS.
  7. Pengaktifan hendaklah dibuat dalam masa 7 hari.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai THiJARI Biz, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.