Advertisements

Cara Membuat Janji Temu Perkhidmatan Kaunter Tabung Haji

Pendeposit Tabung Haji adalah dialu-alukan membuat janji temu terlebih dahulu sebelum berkunjung ke mana-mana cawangan Tabung Haji untuk mendapatkan perkhidmatan di bank terbabit.

Kemudahan janji temu ini diperkenalkan oleh Tabung Haji untuk memudahkan pendeposit untuk berurusan dengan TH mengikut kesesuaian masa pendeposit tersebut.

Pelaksanaan kemudahan ini juga membolehkan Tabung Haji mengatur kehadiran pendeposit secara berkala dan secara langsung dapat mengelak kesesakan dan ketidakselesaan pendeposit ketika berurusan di pejabat cawangan Tabung Haji.

Pendeposit Tabung Haji hanya perlu membuat permohonan di atas talian menerusi laman web yang telah disediakan oleh pihak Tabung Haji.

Perkhidmatan Tabung Haji

Perkhidmatan janji temu ini dikhaskan kepada pendeposit yang ingin mendapatkan perkhidmatan berikut:

  • Urusan Tuntutan Pusaka
  • Urusan Permohonan Hibah Amanah
  • Urusan Kemaskini Maklumat Peribadi
  • Urusan Pembukaan akaun Tabung Haji.

Perkhidmatan Lain

Untuk perkhidmatan yang lain, pendeposit boleh terus hadir ke cawangan Tabung Haji yang berhampiran.

Selain itu, pendeposit juga digalakkan untuk menggunakan kemudahan uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat serta kemudahan perkhidmatan dalam talian Tabung Haji melalui THiJARI dan Rakan Strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank.

Cara Membuat Janji Temu

Untuk membuat janji temu, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/ms/janji-temu?fbclid=IwAR1L0-eRrBCKkRzSAHKAltl-fHTXdsnodp4xb3WzLsrm2PsgF3_GkhHyIf8.
  2. Klik perkataan ‘Link Janji Temu : Daftar Janji Temu Anda Di sini.’
  3. Klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Isikan maklumat berikut:
    – Maklumat peribadi
    – Lokasi
    – Sesi
  5. Buat pengesahan sebelum menghantar permohonan janji temu tersebut.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan janji temu Tabung Haji, sila layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.