Advertisements

PUTEK: Program Pembangunan Usahawan Teknikal Sehingga RM500,000

Advertisements

Generasi muda yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang teknikal boleh membuat permohonan pembiayaan Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK).

PUTEK merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2022 yang menawarkan kemudahan pembiayaan kepada generasi muda untuk memulakan perniagaan dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki.

Program ini dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sehingga 31 Mac 2022 sahaja, sebanyak RM548,000 telah disalurkan kepada usahawan teknikal MARA menerusi program ini.

Permohonan program ini masih dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2022.

Skop Pembiayaan

Skop pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah merangkumi:

  • Pembelian mesin dan peralatan
  • Modal Pusingan (Usahawan baru sahaja) yang merangkumi:
    – 60% pembiayaan
    – 40% geran (sekiranya bayaran adalah baik)

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan bagi pembelian mesin dan peralatan adalah minima RM3,000 dan maksima RM500,000.

Bagi pembiayaan modal pusingan pula, had pembiayaan adalah 3 bulan pada 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksimum RM50,000 atau mana yang terendah.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tempoh Pembiayaan & Cagaran

Tempoh pembiayaan adalah daripada 1 tahun sehingga 5 tahun (12-60 bulan) dan tiada cagaran diperlukan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun.
  2. Pemohon berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  3. Pemohon mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM).
  4. Pemohon mempunyai premis perniagaan.
  5. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  6. Pemohon telah menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  7. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan dan tidak lebih daripada 5 tahun.
  8. Perniagaan mestilah patuh Shariah.
  9. Bebas daripada Senarai Hitam MARA.

Syarat Khusus

Selain itu, pemohon perlu memenuhi 1 sahaja syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

  1. Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada Institusi Pendidikan MARA (IPMA)/Institusi teknikal kerajaan atau swasta

Cara Memohon

Permohonan bagi program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Ikut arahan dan buat permohonan dengan lengkap.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PUTEK, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/bm/menu_keusahawanan/kemudahan-sokongan/pembiayaan-perniagaan/putek/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.