Bagi individu atau keluarga yang masih belum mempunyai rumah pertama, Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan skim pembiayaan bagi membolehkan mereka memliki rumah pertama menerusi BSN MyHome/i (Skim Rumah Pertamaku).
BSN MyHome-i skim pembiayaan perumahan yang ditawarkan bagi membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini menawarkan pembiayaan sehingga 100% bagi rumah pertama yang ingin dimiliki oleh orang ramai yang berharga sehingga RM500,000.
Oleh itu, orang ramai yang ingin memiliki rumah pertama boleh memohon pembiayaan ini dengan segera.
Ciri-Ciri Pembiayaan
Ciri-ciri pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Pembelian rumah kediaman pertama sahaja.
- Pembelian rumah untuk didiami sendiri.
- Pembelian hartanah sudah siap dan rumah dalam pembinaan.
- Nilai hartanah sehingga RM500,000.
- Pembiayaan ini mudah dimohon dan disediakan di semua Cawangan Utama BSN di seluruh negara.
Tempoh Pembiayaan
Tempoh pembiayaan yang ditawarkan adalah minimum 5 tahun dan maksimum 35 tahun atau berumur tidak lebih dari 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan.
Konsep Syariah
Konsep Syariah yang digunapakai bagi produk ini adalah Tawarruq (Murabahah Komoditi) yang melibatkan dua kontrak jual beli iaitu kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh.
Seterusnya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lani.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang dikenakan terhadap pemohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun hingga 60 tahun semasa memohon dan tidak lebih dari 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan
- Pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM5,000 bagi setiap pemohon (perseorangan).
- Mempunyai bukti pendapatan yang sah.
- Permohonan perseorangan (individu) atau bersama (suami/isteri)
- Untuk pembelian hartanah kediaman pertama sahaja
- Tidak mempunyai rekod bayaran terjejas selama 12 bulan yang lalu
- Tidak diisytihar sebagai seorang yang muflis
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://www.bsn.com.my/page/bsn-myhome-i-srp?lang=ms-MY&csrt=12809012548085818567.
- Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
- Pihak BSN akan menghubungi pemohon.
- Bawa dokumen yang diperlukan ke cawangan BSN yang berhampiran.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan kepada pihak BSN adalah seperti berikut:
- 1 salinan Kad Pengenalan.
- Borang Permohonan Pembiayaan.
- Bukti Pendapatan.
- Salinan Booking Order/Sales and Purchase Agreement (SPA)/Hakmilik (Strata/Master).
- Deklarasi berkanun bagi pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri.
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan yang diperlukan oleh Bank dari masa ke semasa.
Untuk bukti pendapatan, bagi mereka yang bergaji tetap, mereka perlu menyertakan dokumen berikut:
- Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini yang telah disahkan oleh majikan.
- Surat pengesahan jawatan daripada majikan.
- Salinan Borang EA/KWSP yang terkini.
Bgai mereka yang bekerja sendiri, mereka perlu menyertakan dokumen seperti:
- Salinan Penyata Akaun Bank atau Akaun Berkanun yang menyatakan amaun pendapatan bulanan (jika berniaga sendiri) untuk 6 bulan terkini.
- Salinan borang B/BE dan resit pembayaran LHDN.
- Pendaftaran perniagaan/lesen perniagaan.
- Borang 24,44 and 49
- Surat Pengesahan bagi bukti pendapatan dari:
– Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK); atau
– Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP); atau
– Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Professional); atau
– Wakil Rakyat; atau
– Penghulu/Ketua kampung.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai BSN MyHome/i, sila layari laman web https://www.bsn.com.my/page/bsn-myhome-i-srp.