Advertisements

Permohonan Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN Sehingga RM75,000

Advertisements

Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan pembiayaan kepada para usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Mikro menerusi Skim Mikro Kredit SemarakNiaga.

Skim Mikro Kredit SemarakNiaga adalah pembiayaan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang diperuntukkan kerajaan di bawah Belanjawan 2022 dengan dana berjumlah RM800 juta.

Skim ini diperkenalkan bagi membantu rakyat Malaysia secara berterusan terutamanya PKS Mikro untuk kembali pulih akibat pandemik COVID-19.

Oleh itu, usahawan PKS Mikro yang berminat boleh membuat permohonan skim ini mulai 18 April 2022 secara dalam talian melalui laman web BSN, berkunjung ke Cawangan BSN atau Pusat Mikro Kewangan BSN berhampiran.

Pilihan Pembiayaan

Di bawah Skim Mikro Kredit SemarakNiaga, terdapat 7 pilihan pembiayaan yang ditawarkan iaitu:

i) Semarak

Semarak ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

ii) Semarak-Nita

Semarak-Nita ialah satu kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan wanita untuk membantu dan menyokong perniagaan.

iii) Semarak PEDi

Semarak PEDi ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan.

iv) Semarak-Belia

Semarak-Belia ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan belia untuk membantu dan menyokong perniagaan.

v) Semarak Sukan

Semarak Sukan ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha fasiliti sukan untuk membantu dan menyokong perniagaan.

vi) Semarak-Mula

Semarak-Mula ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan yang baru memulakan perniagaan.

vii) Semarak Tani

Semarak-Tani ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha perniagaan tradisional seperti kraf tangan dan berasaskan pertanian, pasar malam/pasar tani, bagi meningkatkan imej mengikut norma baharu perniagaan.

Jumlah Pembiayaan

Bagi Semarak Tani, jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan adalah sehingga RM75,000.

Untuk Semarak-Nita, Semarak-Belia, dan Semarak Sukan, jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM50,000.

Pembiayaan untuk Semarak PEDi dan Semarak Mula pula ditawarkan sehingga RM20,000.

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang dikenakan terhadap pemohon yang membuat permohonan adalah 4% setahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pembiayaan adalah seperti berikut:

i) Semarak/Semarak Nita/Semarak-Belia

  1. Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd.) yang dimiliki oleh usahawan wanita iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh wanita warganegara Malaysia.
  2. Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
  3. Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  4. Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
  5. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

ii) Semarak PEDi

  1. Peserta yang berdaftar dengan PEDi.
  2. Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  3. Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  4. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

iii) Semarak Sukan

  1. Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd.) yang dimiliki oleh pengusaha fasiliti sukan.
  2. Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  3. Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  4. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

iv) Semarak-Mula

  1. Individu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan universiti dan/atau vokasional yang baru memulakan perniagaan.
  2. Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  3. Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  4. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan.

v) Semarak Tani

  1. Pengusaha perniagaan tradisional, pasar malam dan pasar tani.
  2. Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  3. Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  4. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengunjungi ke Cawangan BSN atau Pusat Mikro Kewangan BSN berhampiran.

Selain itu, permohonan juga boleh dilakukan secara atas talian menerusi langkah-langlah berikut:

  1. Layari laman web iaitu https://www.bsncheckin.com.my/MF/.
  2. Isi maklumat yang ditetapkan dan klik butang ‘Continue.’
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit Application’ untuk membuat penghantaran permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan).
  3. Penyata Akaun Bank untuk 3 bulan terkini.
  4. Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
  5. Surat pengesahan daripada PEDi mengenai pendaftaran perniagaan (untuk Semarak PEDi).
  6. Pelan perniagaan (untuk Semarak PEDi).
  7. Penyata KWSP atau bukti kehilangan pekerjaan bagi individu yang telah kehilangan pekerjaan (untuk Semarak Mula).
  8. Sijil akademik bagi graduan universiti dan/atau vokasional (untuk Semarak Mula).
  9. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Skim Mikro Kredit SemarakNiaga ini, sila layari laman web BSN di pautan https://www.bsn.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.