Advertisements

Cara Mohon Rayuan Haji 2022 Melalui Platform THiJARI

Advertisements

Pihak Tabung Haji memaklumkan permohonan rayuan Haji bagi tahun 2022 akan dibuka mulai 19 April 2022 melalui platform THiJARI.

Untuk makluman, THiJARI adalah sebuah rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji yang mula beroperasi pada 5 Februari 2020.

THiJARI adalah platform dalam talian bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan Tabung Haji.

Oleh itu, orang ramai yang berminat untuk membuat rayuan ibadah Haji pada tahun ini, mereka boleh membuat permohonan menerusi platform THiJARI.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi mereka yang ingin membuat rayuan Haji adalah seperti berikut:

  1. Semua pendeposit Tabung Haji.
  2. Telah mendaftar Haji.
  3. Telah mendaftar THiJARI (Hanya pendeposit akaun dewasa (18 tahun ke atas) sahaja boleh mendaftar THiJARI). 

Kategori Rayuan Tunai Haji

Kategori rayuan tunai haji yang dibenarkan adalah seperti berikut:

  1. Suami menjadi mahram kepada isteri terpilih.
  2. Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah).
  3. Isteri mengikut suami terpilih.  
  4. Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas).
  5. Isteri mengikut suami dan madu terpilih.
  6. Bakal haji orang kurang upaya (OKU).
  7. Bakal haji muallaf.
  8. Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas).
  9. Bakal haji daftar lama.
  10. Lain-lain rayuan.

Cara Membuat Rayuan

Permohonan rayuan Haji boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari laman web THiJARI di pautan https://www.thijari.com.my/ atau muat turun aplikasi ini di Google Play dan App Strore.
  2. Buat pendaftaran dengan klik butang ‘Daftar’ dan ikuti arahan seterusnya.
  3. Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  4. Klik menu ‘Perkhidmatan Haji’ dan klik ‘Rayuan Haji.’
  5. Klik ‘Permohonan Rayuan Haji’ dan klik ‘Berikutnya.’
  6. Baca garis panduan yang telah ditetapkan.
  7. Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan.
  8. Jawab soalan yang diberikan dan klik kotak Akad (Perakuan Istito’ah).
  9. Klik butang ‘Hantar.’
  10. Muat turun Surat Akuan Terima Rayuan Bakal Haji.

Sekiranya pendeposit tidak menerima sebarang makluman daripada Tabung Haji sehingga akhir Syawal, permohonan rayuan tunai haji pendeposit adalah tidak berjaya.

Soalan Lazim

Bolehkah pendeposit membuat rayuan tunai haji di Cawangan Tabung Haji?

Tidak. Pendeposit hendaklah membuat rayuan tunai haji dengan menggunakan THiJARI.

Berapa ramaikah yang boleh merayu bagi setiap rayuan tunai haji?

Hanya seorang sahaja yang dibenarkan merayu bagi setiap rayuan tunai haji.

Sekiranya pendeposit dan pasangan membuat rayuan tunai haji dan salah seorang telah terpilih menunaikan haji, adakah pasangan pendeposit yang tidak terpilih perlu membuat rayuan semula?

Ya. Pasangan pendeposit yang tidak terpilih hendaklah membuat rayuan tunai haji semula dengan menukar kategori rayuan melalui THiJARI.

Bolehkah pendeposit membuat pertukaran kategori rayuan tunai haji?

Boleh. Pendeposit yang telah membuat rayuan lanjut usia, daftar lama dan lain-lain rayuan, boleh menukar sendiri rayuan tunai haji mereka melalui THiJARI kepada kategori rayuan yang lain, jika layak. 

Pendeposit belum membuat pendaftaran haji, bolehkah pendeposit membuat rayuan tunai haji?

Tidak boleh. Pendeposit perlu membuat pendaftaran haji terlebih dahulu

Pendeposit telah membuat rayuan tunai haji pada tahun lepas, perlukah pendeposit membuat rayuan semula pada tahun semasa?

Ya. Rayuan tunai haji perlu dibuat semula kerana rayuan tersebut hanya sah pada tahun semasa sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Rayuan Haji 2022, sila layari laman web Tabung Haji iaitu https://www.tabunghaji.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.