Advertisements

Permohonan Biz Man: Bantuan Peralatan Kecil Usahawan Lelaki & OKU

Usahawan lelaki dan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah dialu-alukan memohon bantuan peralatan kecil yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak iaitu Biz Man.

Biz Man ialah bantuan peralatan kecil yang disediakan kepada usahawan lelaki dan OKU melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak.

Tujuan bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu usahawan lelaki dan OKU untuk memajukan perniagaan mereka menerusi bantuan peralatan yang disediakan.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas taliian sebelum 20 April 2022.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang ditawarkan menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM3,000 merangkumi bantuan peralatan kecil yang diberikan kepada usahawan yang layak.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Usahawan mesetilah Lelaki (Ketua Isi Rumah Lelaki/OKU.
  2. Berumur 18 ke atas
  3. Usahawan telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.
  4. Perniagaan dijalankan sepenuh masa dan separuh masa
  5. Usahawan telah menetap di Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.
  6. Usahawan telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan pemimpin tempatan.

Cara Memohon

Usahawan yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/mwyTfbYZrhRnRjJMA.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Penyata Akaun Bank Atas Nama Pemohon.
  2. Kad pengenalan pemohon.
  3. Salinan SSM (jika ada).
  4. Salinan Lesen PBT/Surat Pengesahan dari Agensi.
  5. 3 Salinan sebut harga peralatan yang hendak dibeli.
  6. Gambar Premis/Tangkapan Skrin Kedai Atas Talian.
  7. Surat Akuan Penghulu.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Biz Man, sila hubungi pihak Wanita Perak di talian dan email berikut berikut iaitu 05-5269829/[email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.