Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak mengalu-alukan usahawan wanita memohon bantuan peralatan bagi tujuan membangunkan perniagaan menerusi Biz Nita.
Untuk makluman, Biz Nita ialah bantuan peralatan dan bantuan tunai one off yang disalurkan khusus buat usahawan wanita di Negeri Perak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera.
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad telah mengumumkan PRE Perak Sejahtera pada tahun ini telah diluluskan dengan peruntukan RM23 juta mengikut portfolio Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Oleh itu, usahawan wanita yang berminat untuk memohon bantuan ini boleh membuat permohonan mulai 13 April 2022 sehingga 20 April 2022 secara atas talian.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM3,000 untuk membeli bantuan peralatan perniagaan untuk usahawan wanita.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah wanita.
- Pemohon berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa.
- Pemohon menetap di Negeri Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.
- Pemohon berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan berniaga pemimpin tempatan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/atTaxb7cRrthht4t8.
- Baca syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia.
- Lengkapkan permohonan sehingga tamat.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Biz Nita, sila hubungi Wanita Perak di talian dan email berikut berikut: 05-5269829/[email protected]