Yayasan Perak menawarkan bantuan pinjaman kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 di negeri tersebut menerusi Program Pinjaman Tabung Usahawan.
Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan merupakan bantuan pinjaman tanpa faedah kepada usahawan dalam Negeri Perak yang berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan.
Dalam erti kata yang lain, pinjaman ini bersifat jangka masa pendek dan usahawan yang ingin mendapatkan pinjaman ini dialu-alukan memohon.
Objektif Program
Objektif program pinjaman ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:
- Membangunkan masyarakat melalui Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.
- Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.
- Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.
Jumlah & Tempoh Pinjaman
Jumlah pinjaman yang ditetapkan menerusi program ini adalah RM5,000 sehingga RM20,000 (bergantung kepada kemampuan).
Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun dan bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:
- Pemohon berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
- Pemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia.
- Pemohon bukanlah kakitangan kerajaan/badan berkanun/syarikat GLC/Berhad.
- Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
- Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
- Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang.
- Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
Perniagaan Tidak Layak Memohon
Perniagaan yang tidak layak memohon untuk program ini adalah seperti berikut:
- Urusniaga melalui ternakan, pertanian dan perikanan (usahawan baru) (bergantung kepada keputusan panel).
- Urusniaga yang melibatkan pelaburan/Piramid/Skim Cepat Kaya/Perjudian.
- Perniagaan barangan lusuh/Kitar semula (mengikut pasaran semasa).
- Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi (perniagaan bermusim).
- Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah) dan yang seumpamanya.
- Kontraktor Pembangunan.
Cara Memohon
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang borang permohonan menerusi pautan berikut https://yayasanperak.gov.my/v6/wp-content/uploads/2022/03/BorangPinjamanTabungUsahawan(08032022).pdf.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak),
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan dan disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Borang/Surat Permohonan (wajib).
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) yang disahkan.
- Salinan Surat Perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya yang disahkan.
- Salinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disahkan.
- Pelan lokasi perniagaan yang disahkan.
- Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini yang disahkan.
- Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan – 3 keping/Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang disahkan.
- Senarai sebut harga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
- Pengesahan pendapatan pemohon dari Ketua Kampung/Penghulu.
- Salinan kad suntikan (Bagi perniaagaan makanan) yang disahkan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929.