Advertisements

Senarai Inisiatif Belanjawan Negeri Selangor 2023

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari hari ini membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2023 bertemakan #KitaSelangor: Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan.

Secara keseluruhannya, belanjawan ini berjumlah RM2.45 bilion yang merangkumi RM1.25 bilion atau 51% diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion atau 49% bagi perbelanjaan pembangunan.

5 teras pelaksanaan belanjawan ini iaitu:

  • Mengukuhkan Pertumbuhan Ekonomi
  • Membudaya Perpaduan dan Masyarakat Penyayang
  • Pendidikan dan Pembangunan Generasi Masa Depan
  • Kehidupan Lestari dan Sejahtera
  • Tadbir Urus Cekap dan Bertanggungjawab

Senarai Inisiatif

Antara senarai inisiatif yang diumumkan menerusi Belanjawan Negeri Selangor 2023 ini adalah seperti berikut:

  • Meneruskan bantuan 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE). Had minimum pendapatan isi rumah dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM5,000 dan ke bawah.
  • Program Keselamatan Bekalan Makanan Negeri Selangor atau Food Security dengan peruntukan RM7.9 juta.
  • Menjadikan syarikat berwibawa dan berpengalaman untuk melaksanakan pertanian bernilai tinggi, sebelum jadi mentor kepada pengusaha baharu melalui pembukaan kawasan pertanian baharu dengan peruntukan RM1.2 juta.
  • Pelaksanaan konsep Pertanian Revolusi 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.
  • Pelaksanaan Program Agropreneur sebanyak RM3 juta.
  • Mempergiat pemasaran produk pertanian dengan peruntukan berjumlah RM1.2 juta.
  • Penekanan terhadap program agro pelancongan negeri dengan peruntukan RM500 ribu.
  • Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi setiap Kawasan Dewan Negeri Selangor bagi Projek Selangor Penyayang, projek penyelenggaraan dan naik taraf kepada infrastruktur dan pembangunan kemudahan awam.
  • Menubuhkan Yayasan Insan Istimewa Selangor (YanIS), meneruskan inisiatif ANIS dan melaksanakan program serta aktiviti bukan sahaja untuk golongan anak istimewa di bawah 18 tahun, bahkan seluruh warga OKU dengan peruntukan RM4 juta.
  • Bantuan caruman warga Negeri Selangor yang berdaftar di bawah senarai e-Kasih untuk mencarum melalui skim i-Suri KWSP dengan peruntukan RM1.6 juta.
  • Inisiatif penjagaan kanak-kanak di taska melalui bantuan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan bagi setiap anak berusia 4 tahun ke bawah dari keluarga B40 melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
  • Insentif pendaftaran tahunan anak-anak ke taska/nurseri dengan bantuan on-off sebanyak RM100 bagi setiap anak berusia 4 tahun ke bawah.
  • Insentif Pembangunan Ekonomi Ibu Tunggal agar golongan ini dapat meningkatkan kapasiti dan menambahbaik kehidupan sekaligus meningkatkan potensi serta produktiviti diri dengan peruntukan RM336 ribu.
  • Kuota khas pemilikan rumah mampu milik seperti Rumah Selangorku yang dilaksanakan kepada ibu tunggal bagi membantu golongan itu memiliki kediaman sendiri.
  • Pelaksanaan Program Insentif Digital Media Usahanita Muda kepada golongan wanita muda seluruh Selangor, teroka keusahawanan digital.
  • Memperkenalkan Program Halal Suri dengan geran sebanyak RM3,000 (RM2,000 bagi pembelian peti sejuk beku dan RM1,000 untuk modal permulaan pembelian produk sejuk beku) kepada setiap peserta dengan penglibatan semua DUN di Negeri Selangor.
  • Pelaksanaan Iltizam Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak Selangor (IMPAK Selangor) dengan peruntukan RM4.6 juta.
  • Pelaksanaan Skim Iltizam Anak Selangor dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.
  • Meneruskan Program BINGKAS sebanyak RM108 juta.
  • Memperkenalkan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) dengan mensasarkan golongan OKU di Negeri Selangor tanpa mengira had umur dan pendapatanm baucar beli-belah setiap tahun, dan khairat kematian sebanyak RM500 kepada waris ahli berdaftar.
  • Kenaikan kadar baucar beli-belah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) ditingkatkan dari RM100 kepada RM150.
  • Pelaksanaan Program Skim Insurans Am Selangor (INSAN).
  • Melaksanakan Dana Bantuan Guaman Selangor dengan peruntukan RM2 juta.
  • Pembiayaan usahawan menerusi Hijrah Selangor dengan peruntukan RM130 juta.
  • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor diteruskan dengan peruntukan RM2 juta.
  • Baucar Jom Shopping dengan peruntukan RM16.48 juta.
  • Baucar Halal Selangor diedar ke seluruh negeri Selangor mengikut kawasan DUN dengan peruntukan RM1 juta.
  • Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) bagi membantu membantu rakyat Selangor khususnya golongan B40 yang telah kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan dengan peruntukan RM1 juta.
  • Program Bina Baru dan Baikpulih Rumah Kerajaan Prihatin dengan peruntukan RM3 juta.
  • Program Pembangunan Masyarakat India dengan peruntukan RM500 ribu.
  • Pembangunan Desa dan Ekonomi Kampung Tradisi dengan peruntukan RM4.25 juta.
  • Program pembangunan Kg Baru dengan peruntukan RM4 juta.
  • Iltizam Selangor Sihat (ISS) iaitu rawatan asas dan vaksinasi RM500 setahun bagi kategori keluarga, RM250 setahun bagi kategori individu di mana-mana klinik panel di seluruh negeri.
  • Bantuan Selangor Sihat sehingga RM5,000 menampung kos rawatan kesihatan.
  • Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan yang berkelayakan.
  • Program Selangor Saring diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
  • Pelaksanaan Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) mencakupi aspek promosi, saringan awal, talian SEHAT, subsidi rawatan psikiatri, pembangunan modul serta latihan kaunselor.
  • Program Anak Selangor Anak Sihat (ASAS) diperluas, tangani malnutrisi kanak-kanak dikenal pasti.
  • Kempen kesedaran kebersihan menstruasi dan penyediaan tuala wanita percuma dengan peruntukan RM200 ribu.
  • Bantuan one-off subsidi yuran Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) berjumlah RM30 sebulan.
  • Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor dengan peruntukan RM26.5 juta.
  • Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) dengan peruntukan RM15 juta.
  • Program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) merangkumi tajaan yuran asas kepada mahasiswa anak Selangor yang mendapat tempat di universiti untuk membantu golongan ibu bapa kategori B40 dan M40.
  • Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor dengan peruntukan RM3 juta.
  • Pelaksanaan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor dengan peruntukan RM8 juta.
  • Meneruskan Program Roda Darul Ehsan (RiDE) bagi membantu generasi muda untuk memiliki Lesen Memandu Motosikal B2.
  • Skim Ceria untuk menambah baik kerosakan di pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah, terutama kerosakan ancam keselamatan penghuni.
  • Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor sebanyak RM100 juta.
  • Pelarasan elaun minimum Guru KAFA RM1,500 sebulan akan dilaksanakan bermula Januari 2023. Elaun bulanan seramai 2,825 guru KAFA akan diseragamkan dan dinaikkan kepada RM1,500 sebulan.
  • Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2022 kepada semua anggota layak & berkhidmat di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2022 (termasuk anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan) sebanyak 2 bulan setengah.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/11/1031555/selangor-umum-belanjawan-2023-berjumlah-rm245-bilion.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.