Advertisements

Permohonan NaDI Selangor: Pinjaman Perniagaan Sehingga RM3,000

Advertisements

Kepada para usahawan di Negeri Selangor yang memerlukan pembiayaan pinjaman perniagaan, anda kini boleh memohon inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI).

Untuk makluman, pelaksanaan NaDI telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di dalam pembentangan Belanjawan 2021 Selangor yang Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi pelaksanaan skim ini.

Melalui Skim NaDI, usahawan yang layak akan berpeluang untuk menerima pembiayaan pinjaman perniagaan daripada RM1,000 hingga RM3,000.

Advertisements

Dengan pembiayaan pinjaman perniagaan ini, ia sedikit sebanyak mampu memberikan peluang kepada para usahawan di Negeri Selangor memajukan perniagaan mereka khususnya ketika penularan wabak COVID-19 yang masih melanda negara.

Syarat Pinjaman

Usahawan yang berminat untuk memohon Skim NaDI perlu memenuhi syarat-syarat pinjaman iaitu:

Advertisements
  1. Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun).
  2. Caj perkhidmatan adalah sebanyak 8%.
  3. Pembiayaan pinjaman adalah daripada RM1,000 hingga RM3,000.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohn mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah rakyat Negeri Selangor.
  3. Pemohon telah bermastautin atau menetap (tidak kurang 5 tahun) dan mengundi di Negeri Selangor.
  4. Pemohon berumum 18 hingga 60 tahun.
  5. Pemohon terdiri daripada wanita yang mewakili isi rumah.
  6. Pelaksanaan skim adalah dalam bentuk kumpulan (3 orang berkumpulan).
  7. Pemohon bersetuju menubuhkan kumpulan.

Jumlah Bayaran

Untuk mengetahui jumlah bayaran balik Skim NaDI, sila ikuti jadual dibawah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Skim NaDI, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfRq9ZevldlIv48FzfoVolcr_QcvMnpwR4F0aVswQ011WbjsQ/viewform untuk membuat semakan kelayakan.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
  3. Pihak Hijrah Selangor akan menghubungi anda untuk memberitahu sama ada anda layak atau tidak.
  4. Jika anda layak, sila pergi ke pejabat Hijrah Selangor yang berdekatan.
  5. Senarai pejabat Hijrah Selangor boleh dirujuk melalui link ini http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32.
  6. Bawa bersama dokumen berikut:
    i) 2 keping gambar berukuran passport.
    ii) Salinan kad pengenalan
    iii) Salinan kepala penyata akaun bank atau muka depan no akaun (yang menunjukkan no akaun).
  7. Isi borang permohonan yang diperoleh melalui pejabat Hijrah Selangor.
  8. Hantar borang permohonan dan dokumen ke pejabat Hijrah Selangor terbabit.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim NaDI, sila hubungi pihak Hijrah Selangor di talian 03-5519 1692 atau layari laman web http://www.hijrahselangor.com/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.