JaminKerja 2.0 merupakan insentif kewangan yang diberikan kepada kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 1 Ogos 2022 bagi pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022.
Program ini dikhaskan kepada majikan yang mengambil pekerja baru dalam kalangan sektor Pelancongan, Wanita penggantian Pekerja Asing dan Pegawai Dagang, dan Golongan Rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan lain-lain.
Menerusi program ini, majikan akan menerima insentif kewangan sehingga RM42,000 dan bantuan mobiliti kepada pekerja sebanyak RM500.00 dibayar terus secara one-off.
Objektif Pelaksanaan
Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:
- Merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta mengurangkan pengangguran.
- Membantu majikan untuk membina semula perniagaan selepas negara dilanda Covid-19.
- Meningkatkan kebolehpasaran dalam kalangan pencari kerja.
- Tiada had permohonan ditetapkan kepada pihak majikan mengikut kelayakan kategori yang digariskan.
Insentif Yang Disediakan
Insentif yang disediakan menerusi program ini adalah seperti berikut:
Syarat Tambahan
Syarat tambahan yang dikenakan kepada pemohon adalah seperti berikut:
- Majikan wajib membayar gaji seperti yang diiklankan di dalam Portal MYFutureJobs.
- Majikan wajib mengemaskini tarikh berhenti kerja dalam tempoh 48 jam di Portal Program JaminKerja – Insentif Penggajian dan Portal ASSIST sekiranya penerima insentif meletakkan jawatan.
- Majikan dan pekerja hendaklah mematuhi garis panduan waktu bekerja yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955.
- Majikan digalakkan mengambil calon pekerja dari senarai yang berdaftar dalam Portal MYFutureJobs.
- Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sedia ada dan menggantikannya (substitute) dengan pekerja yang sama atau yang baharu untuk permohonan Program JaminKerja 2.0
- Permohonan bagi majikan yang membayar gaji harian kepada pekerja adalah dibenarkan selagi mematuhi kadar minimum gaji asas (RM1500) yang pasti diterima oleh pekerja setiap bulan.
- Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022 adalah layak untuk memohon Program JaminKerja 2.0.
- Tarikh akhir permohonan untuk Program JaminKerja 2.0 adalah pada 31 Disember 2022.
Pemohon Tidak Layak Memohon
Pemohon yang tidak layak memohon program ini adalah seperti berikut:
- Pekerja yang sedang menerima Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Subsidi Upah di bawah Program PenjanaKerjaya/JaminKerja.
- Pekerja yang berhenti secara sukarela kecuali dengan tempoh 2 bulan pengangguran (prolonged unemployment)
- Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.
- Ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik, anak dan sesiapa yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang diambil sebagai pekerja.
- Pekerja bukan warganegara.
- Pekerja yang dipohon dan pada masa yang sama merupakan pemilik perniagaan.
- Pekerja yang kehilangan pekerjaan yang diambil semula oleh majikan yang sama kecuali penerima faedah SIP. Walaubagaimanapun, sekiranya pekerja tersebut tidak bekerja dengan majikan tersebut selama tempoh 6 bulan, maka majikan tersebut layak untuk memohon insentif di bawah program ini.
- Pemilik perniagaan yang memohon untuk dirinya sendiri.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Program JaminKerja – Insentif Penggajian
https://jaminkerja.perkeso.gov.my sehingga 31 Disember 2022.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://jaminkerja.perkeso.gov.my atau hubungi 1-300-22-8000/03-80915300.