Advertisements

JUMPER PUNB 2022: Program Latihan Keusahawanan Graduan

Graduan Bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan adalah dialu-alukan memohon Program JUMPER PUNB bagi pengambilan akhir 2022.

Program JUMPER PUNB adalah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.

Program ini mensasarkan graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Graduan yang berminat untuk memohon boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum 23 Disember 2022.

Keistimewaan Diperoleh

Keistimewaan yang bakal diperoleh graduan yang menyertai program ini adalah:

  1. Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan.
  2. Program latihan di bawah bimbingan usahawan (Mentor) hebat.
  3. Berpeluang mempelajari ilmu perniagaan dari mentor yang berpengalaman.
  4. Kursus keusahawanan yang relevan diterapkan sepanjang latihan bagi meningkatkan ilmu perniagaan selari dengan era masa kini.
  5. Pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang program.
  6. Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 atau RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak.
  7. Pembiayaan patuh syariah.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk program ini adalah seperti berikut:

  1. Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.
  2. Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat mentor yang terpilih.
  3. Mencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri.
  4. Graduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran.
  5. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA).
  6. Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa

Cara Memohon

Ikuti cara permohonan berikut untuk memohon iaitu:

  1. Layari laman web https://www.punbbiz.com.my/jumper.
  2. Klik butang ‘Permohonan Dibuka Sekarang.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  6. Isi semua maklumat dalam ruangan permohonan.
  7. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  8. Hantar permohonan apabila selesai.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan sijil akademik tertinggi
  3. Resume
  4. Salinan pendaftaran syarikat (SSM)
  5. Penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai JUMPER PUNB, sila email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.