Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mewujudkan bantuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Negeri Selangor menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Peduli (Bantuan Banjir Zakat Selangor).
LZS Peduli (Bantuan Banjir Zakat Selangor) merupakan bantuan ‘one-off’ yang diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.
Pemberian ini diharap dapat meringankan beban para asnaf untuk memulakan kehidupan mereka semula selepas ditimpa musibah banjir yang berlaku baru-baru ini.
Permohon yang ingin memohon boleh membuat permohonan bermula pada 21 November 2022 sehingga 31 Januari 2023 secara atas talian.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diberikan menerusi LZS Peduli (Bantuan Banjir Zakat Selangor) adalah RM600.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon adalah beragama Islam.
- Pemohon adalah warganegara Malaysia atau permastautinan tetap.
- Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan LZS Peduli (Bantuan Banjir Zakat Selangor), sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web pautan https://www.zakatselangor.com.my/peduli/.
- Klik butang ‘Mohon Bantuan Banjir Sekarang.’
- Masukkan kod ‘Captcha’ dan no kad pengenalan diikuti dengan butang ‘Semak.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Hantar Permohonan.’
- Kemudian isi maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Lengkapkan permohonan sehingga tamat.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:
i) Asnaf fakir, miskin, dan muallaf
- Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.
- Penyata akaun bank.
ii) Bukan Asnaf
- MyKad ketua keluarga dan tanggungan.
- Laporan polis/pengesahan pimpinan masyarakat.
- Penyata akaun bank.
Kaedah Pembayaran
Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon yang didaftarkan.
Pemohon adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:
- Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
- Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
- Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.
Pemohon yang tidak mempunyai akaun bank pula, mereka akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga.
Bagi mereka yang tiada akaun bank, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli/ atau menghubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.