Advertisements

PPPRU: Tambang Percuma Tren & Bas Hari Mengundi

Sempena Pilihan Raya Umum ke-15, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), selaku pengendali perkhidmatan rel dan bas utama negara mengumumkan untuk memberi tambang percuma menerusi Perjalanan Percuma 1 Hari sempena PRU 15 (PPPRU).

PPPRU adalah tawaran perjalanan percuma selama 1 hari pada 19 November 2022 kepada semua pengguna tren dan bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Pemberian tambang percuma ini adalah langkah untuk memudahkan rakyat Malaysia keluar mengundi demi menjalankan tanggungjawab dan hak sebagai rakyat.

Cara Mendapatkan Tambang Percuma

Bagi yang menggunakan tren, mereka boleh mendapatkan tambang percuma seperti berikut:

i) Pengguna My50

Untuk pengguna My50, mereka boleh menggunakan pas seperti biasa.

ii) Pengguna Touch ‘n Go

Pengguna kad Touch ‘n Go pula boleh meggunakan kad tanpa sebarang caj.

iii) Pengguna Token

Bagi pengguna token, pengguna perlu ke mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala.

Bagi perkhidmatan Rapid Bus di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan (termasuk bas perantara MRT), pengguna tidak perlu menyentuh kad di mesin pengimbas apabila menaiki ataupun turun daripada bas.

Soalan Lazim

Siapakah yang boleh menikmati inisiatif ini?

PPPRU ditawarkan kepada semua pengguna rel dan bas (kendalian Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd) melalui jenama perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Bolehkah saya mendapatkan token PPPRU di mesin TVM?

Tidak. Pengguna boleh mendapatkan token inisiatif ini dari mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di kesemua laluan rel di bawah kendalian Rapid Rail dan juga di mana-mana stesen BRT Sunway.

Bolehkan saya menikmati kadar tetap di Park ‘N Ride semasa tempoh inisiatif ini dilaksanakan?

Ya, pengguna boleh menikmati kadar rata di kemudahan LRT dan MRT Park ‘N Ride semasa tempoh PPPRU. Pengguna harus pastikan pas/kad (My50/Konsesi/Touch ‘N Go) disentuh di pintu masuk Park ‘N Ride dan menggunakan pas/ kad yang sama untuk menggunakan perkhidmatan Rapid KL.

Bolehkah saya membeli Pas Keluarga Malaysia atau Pas MyCity Pass pada 19 November ini?

Tidak. Tiada sebarang penjualan Pas Keluarga Malaysia dan Pas MyCity pada 19 November 2022 ini.

Bolehkah bukan warganegara Malaysia menikmati inisiatif ini?

Boleh. Inisiatif ini boleh dinikmati oleh semua pengguna rel dan bas kendalian Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd melalui jenama perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari laman web https://myrapid.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.