Pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok adalah dinasihatkan untuk segera membuat semakan daftar pemilih menerusi portal MySPR Semak.
MySPR Semak ialah portal yang menyediakan perkhidmatan menyemak daftar pemilih, calon dan keputusan pilihan raya.
Semakan daftar pemilih ini penting bagi mengetahui maklumat-maklumat penting seperti lokasi tempat pembuangan undi dan saluran pengundian.
Ini akan memudahkan pada pengundi untuk membuang undi dan mengelakkan wujudnya pertikaian semasa proses pembuangan undi.
Mengenai PRU-15
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan lebih 21 juta pengundi berdaftar dijangka mengundi pada PRU-15 kali ini.
Jumlah itu adalah berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang terkini sehingga Bulan Ogos 2022 dan dikemas kini sehingga 9 Oktober 2022.
Sebanyak 8,958 buah pusat mengundi biasa akan digunakan yang mengandungi 38,348 tempat mengundi/saluran dan 578 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 970 tempat mengundi/saluran awal.
Tarikh Pelaksanaan PRU-15
Tarikh pelaksanaan PRU-15 seperti yang diumumkan oleh SPR adalah seperti berikut:
- Penamaan Calon: 5 November 2022 (Sabtu)
- Mengundi Awal: 15 November 2022 (Selasa)
- Mengundi: 19 November 2022 (Sabtu)
Semakan Melalui Portal
Untuk membuat semakan daftar pemilih melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://mysprsemak.spr.gov.my/.
- Pilih butang ‘Semakan Daftar Pemilih.’
- Masukkan no kad pengenalan.
- Masukkan Aksara Captcha.
- Klik butang ‘Semak.’
- Maklumat peribadi dan makluman pengundian dipaparkan.
Semakan Melalui Aplikasi
Semakan daftar pemilih juga boleh dibuat melalui aplikasi:
- Muat turun aplikasi MySPR Semak di:
– Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101
– Gogle Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mysprsemak.spr. - Masukkan no kad pengenalan.
- Masukkan Aksara Captcha.
- Klik butang ‘Semak.’
- Maklumat peribadi dan makluman pengundian dipaparkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai MySPR Semak, sila hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018/03-88880040,