Di dalam pilihan raya, terdapat dua istilah yang popular iaitu undi rosak atau undi ditolak.
Jika berlakunya kedua-dua keadaan ini, kertas undi yang diterima tidak akan diterima di dalam pengiraan undi.
Oleh kerana itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan para pengundi untuk berhati-hati dan sentiasa peka ketika membuang undi.
Ini penting bagi memastikan kertas undi yang ditanda diterima untuk dikira.
Mengenai Undi Rosak
Undi rosak lazimnya merupakan kertas undi yang tidak dimasukkan dalam tempoh pengundian seperti yang termaktub dalam Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981
Sebagai contoh, kertas undi terkoyak secara tidak sengaja, itu istilahnya kertas undi rosak dan ia tidak dimasukkan dalam peti undi. Ketika itu, pengundi boleh memohon kertas undi baharu dari “Ketua Tempat Mengundi.”
Mengenai Undi Ditolak
Undi ditolak pula berlaku semasa proses pengiraan kertas undi.
Jika undi ditolak, Ketua Tempat Mengundi hendaklah menolak sebagai tidak sah kertas yang berikut sahaja, iaitu mana-mana kertas undi:
- Kertas undi tidak dicapkan dengan tanda rasmi
- Undi diberi lebih dari satu calon
- Menulis perkataan pada kertas undi
- Kertas undi yang tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotak
- Pengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi
Kesemua keadaan ini adalah berdasarkan Peraturan 25(6)(7) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Ketua Tempat Mengundi atau orang yang diberikan kuasa kemudiannya hendaklah mengira kertas undi mengikut undian oleh pemilih bagi setiap calon dan hendaklah mencatatkan perkataan ‘ditolak’ pada mana-mana kertas undi yang ditolak sebagai tidak sah.
Cara Lipat Kertas Undi
SPR telah memberikan nasihat mengenai cara melipat kertas untuk bagi mengelakkan undi rosak iaitu:
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai nasihat SPR di dalam pengundian, sila layari laman web https://www.spr.gov.my/.