Advertisements

10 Langkah Pengundian PRU-15 Pada 19 November

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 10 langkah pengundian bagi proses pembuangan undi pada 19 November 2022.

Untuk makluman, SPR telah mengumumkan proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 akan dilaksanakan pada 19 November 2022.

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang ditetapkan oleh SPR bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar dan tertib di setiap pusat mengundi.

Berikut merupakan 10 langkah pengundian semasa membuang undi:

Langkah Pertama: Masuk Ke Bilik Pusat Mengundi

Langkah yang pertama, pengundi dibenarkan masuk ke bilik pusat mengundi apabila dibenarkan oleh anggota polis yang mengawal selia pintu masuk.

Langkah Kedua: Penyerahan MyKad

Langkah kedua, pengundi perlu menyerahkan MyKad/dokumen pengenalan diri dan slip semakan (sekiranya ada) kepada kerani pengundian pertama.

Selepas itu, sila tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.

Langkah Ketiga: Pengesahan MyKad

Langkah ketiga, kerani pengundian pertama akan memberikan MyKad/dokumen pengenalan diri pengundi kepada kerani pengundian kedua untuk pengesahan.

Pengundi perlu memastikan no kad pengenalan dan nama anda telah diteriakkan oleh kerani pengundian pertama adalah tepat.

Langkah Keempat: Celup Jari Telunjuk

Untuk langkah keempat, pengundi diminta bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua dan mencelupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua.

Langkah Kelima: Penerimaan Kertas Undi

Langkah yang kelima, pengundi akan menerima kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

Dalam masa yang sama, kerani pengundian pertama akan membuat penandaan nama anda dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya.

Langkah Keenam: Meninggalkan Telefon Bimbit

Langkah keenam, pengundi perlu bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi untuk meninggalkan telefon bimbit.

Langkah Ketujuh: Penandaan Kertas Undi

Langkah ketujuh, pengundi perlu maju ke meja pengundian untuk membuat penandaan kertas undi.

Tandakan ‘X’ pada kertas undi di ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam Kertas Undi dengan menggunakan pen.

Diingatkan, pilih satu calon sahaja.

Langkah Kelapan: Masukkan Kertas Undi di Kotak Undi

Langkah kelapan, pengundi perlu memasukkan kertas undi dalam peti undi yang disediakan dengan betul.

Langkah Kesembilan: Ambil Telefon Bimbit

Lengkah kesembilan, pengundi perlu bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.

Langkah Kesepuluh: Tinggalkan Tempat Mengundi

Langkah yang terakhir, pengundi perlu segera meninggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai 10 langkah pengundian, sila layari laman web SPR iaitu https://www.spr.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.