Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuka permohonan kepada asnaf yang memerlukan iaitu Bantuan Zakat Koperasi TNB 2022.
Untuk makluman, Koperasi TNB ialah koperasi yang ditubuhkan di bawah TNB yang ditubuhkan sejak 1951.
Bagi memantu para asnaf yang memerlukan, koperasi ini telah mewujudkan Bantuan Zakat Koperasi TNB dengan melaksanakan pengagihan zakat berlandaskan hukum syarak.
Bagi asnaf yang ingin membuat permohonan, permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang disediakan.
Syarat Penerima Bantuan
Syarat penerima bantuan ini adalah seperti berikut:
- Islam
- Warganegara Malaysia
- Termasuk dalam salah satu golongan yang berhak menerima zakat iaitu:-
i) Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50% daripada belanja hidup seseorang
yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.
ii) Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian
keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.
iii) Fisabilillah
Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya. - Tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
Prosedur Mengisi Borang
Borang permohonan perlu diisi mengikut prosedur berikut:
- Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi pautan https://koptnb.com/pdf/Borang_Agihan_Zakat_Koperasi_TNB_2022.pdf?fbclid=IwAR2-ktqXUJSAHBxvJ69dMLUZwGGgyeDZAZxFCbDNkSyd9MSsoGb6yBZ07P8.
- Borang pendaftaran ini hendaklah diisi menggunakan huruf besar dan jelas.
- Setiap pendaftaran hendaklah dibuat atas nama pemohon (bagi umur 18 tahun ke atas) atau ketua
keluarga waris pemohon bagi pemohon yang masih berada di bawah tanggungan (bawah umur 18 tahun). - Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap beserta salinan dokumen yang telah diakui sah oleh Pegawai Jabatan Agama Islam, Pengerusi Masjid/Surau sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diakui sah ke alamat berikut:
Koperasi Tenaga Nasional Berhad
96, Jalan Bangsar , 59200 Kuala Lumpur
U/P: Encik Ahmad Syaqirin bin Shaharin
(Unit Pematuhan & Syariah)
Dokumen Yang Diakui Sah
Dokumen berikut perlu dihantar bersama borang permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan atau Surat Daftar Kelahiran (bagi kanak-kanak) yang jelas dan terang
- Salinan Surat Cerai/Sijil Kematian Suami/Isteri (jika berkenaan)
- Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dan sebagainya
- Salinan penyata bank terkini/nombor akaun bank
- Salinan bil elektrik kediaman
- Pengesahan dokumen oleh Pegawai Jabatan Agama Islam, Pengerusi Masjid/Surau
- Laporan doktor yang merawat. Laporan perlu menyatakan tentang penyakit yang dihidapi, rawatan yang diterima, rawatan yang disyorkan, tempat dan anggaran kos rawatan
- Laporan doktor yang merawat pasangan (jika berkenaan)
- Salinan penyata gaji dan penyata KWSP terkini (bagi pemohon yang bekerja/pernah bekerja)
- Bukti bergambar berkaitan pemohon.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat Koperasi TNB 2022 ini, sila layari laman web http://www.koptnb.com/.