Advertisements

KIPK: Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak Percuma

Kepada para pengaruh di rumah, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan mengadakan kursus asas pengasuhan kanak-kanak yang diberi nama Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK).

Untuk makluman, KIPK ini dijalankan bagi memberikan pendidikan kepada asas-asas pengasuhan kanak-kanak di rumah.

Kursus ini adalah percuma dan terhad kepada 45 orang pengasuh di rumah yang masih tidak mempunyai sebarang sijil latihan/kursus dari agensi kerajaan mahupun swasta.

Oleh itu, para pengasuh di rumah adalah dialu-alukan membuat permohonan dengan segera.

Tarikh Kursus

Tarikh kursus dijadualkan adalah pada 10 dan 11 Disember 2022.

Penginapan dan makan juga akan disediakan (sekitar Lembah Klang).

Syarat Penyertaan

Syarat penyertaan kursus ini ini terbuka kepada kaum wanita yang menepati kriteria-kriteria seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas; dan
  2. Sedang menetap di Selangor; dan
  3. Sedang menjalankan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak di rumah (dalam Selangor); dan
  4. Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta; dan
  5. Merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://e-kipk.yawas.my/permohonan/.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan klik lambang kanta.
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  5. Klik butang ‘Daftar’ untuk menghantar pendaftaran.

Maklumat Penting

Pemohon juga perlu bersetuju maklumat peribadi mereka seperti nama, nombor telefon dan tempat pengasuhan/ bakal tempat mengasuh dipaparkan di dalam laman sesawang i-Asuh.

Tempat pengasuhan adalah tertakluk di dalam kawasan Negeri Selangor sahaja dan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan sahaja.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai KIPK, sila layari laman web https://e-kipk.yawas.my/permohonan/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.