Advertisements

IPPAS: Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor RM300

Asnaf di Negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan pada tahun 2022, mereka layak untuk menerima Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS) daripada Zakat Selangor (LZS).

IPPAS adalah insentif yang ditawarkan hanya kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar LZS yang mendapat pekerjaan pada tahun 2022 sahaja.

Pelaksanaan insentif ini adalah sebagai memberi galakan kepada para asnaf di Negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan pada tahun ini.

Justeru itu, para asnaf yang layak boleh membuat permohonan insentif ini sebelum 30 September 2022.

Kadar Insentif

Kadar insentif yang akan diterima pemohon adalah sebanyak RM300.

Insentif tersebut adalah di bawah peruntukan asnaf Fakir/Miskin/Muallaf.

Syarat Umum

Syarat umum yang ditetapkan bagi pemohon yang memohon insetif ini adalah asnaf tersebut mestilah Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar LZS sahaja.

Syarat Permohonan

Selain itu, syarat permohonan yang juga mesti dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Insentif diberikan adalah tertakluk kepada bajet tahunan semasa yang diperuntukan oleh Lembaga Zakat Selangor.
  2. Bidang pekerjaan yang dilakukan perlulah patuh syariah dan tidak melanggar hukum syarak.
  3. Permohonan adalah berbentuk one off (sekali sahaja) dalam tempoh 3 tahun bagi seorang pemohon. (Kecuali bagi kes-kes tertentu yang dianggap munasabah oleh LZS). 
  4. Pemohon berulang (yang memohon lebih sekali bagi tempoh 3 tahun) perlu mengikuti sesi kaunseling dan mendapatkan surat pengesahan kaunseling daripada LZS.
  5. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses bagi permohonan insentif ini. 

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScsjIz4BMZDw8khO00Vxc58j9JXnvAbTqztHkjYXfBmtWRQ-A/viewform?fbclid=IwAR06q93GimytPTSUh6Yf8SDeYlgpGJji5TPNWAS5MuB91DS1tGhuZ0uhB3Y.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Kad pengenalan pemohon.
  2. Kad pengenalan ketua keluarga.
  3. Surat tawaran bekerja.
  4. Surat pengesahan bekerja.
  5. Penyata akaun bank pemohon.
  6. Surat pengesahan kaunseling bagi permohonan berulang (jika berkenaan sahaja).

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai IPPAS, sila hantar email ke alamat:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.