Kad pengenalan merupakan dokumen yang penting bagi setiap individu warganegara Malaysia dan adalah tanggungjawab setiap warganegara Malaysia untuk menjaga kad pengenalan daripada rosak.
Walau bagaimanapun, kad pengenalan yang rosak perlu digantikan menerusi permohonan yang dibuat di Jabatan Perkhidmatan Negara.
Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.
Oleh itu, dikongsikan 7 tips menjaga kad pengenalan daripada rosak.
1. Elakkan Risiko Kad Pengenalan Bengkok & Melengkong
Setiap individu perlu mengelakkan kad pengenalan untuk bengkok dan melengkong.
Oleh itu, setiap individu perlu memastikan mereka menyimpan kad pengenalan mereka di tempat yang tidak berisiko bengkok dan melengkong.
2. Elakkan Merosakkan Permukaan Kad Pengenalan
Permukaan kad pengenalan perlu dijaga dan setiap individu perlu mengelak permukaan kad pengenalan daripada rosak.
Permukaan kad pengenalan ini penting bagi memastikan kad pengenalan tersebut berfungsi dengan baik.
3. Elakkan Kad Pengenalan Terkena Bahan Kimia & Asid
Setiap individu perlu memastikan kad pengenalan tidak terkena bahan kimia dan asid yang mampu merosakkan kad pengenalan tersebut.
Oleh itu, kad pengenalan perlu diletakkan di tempat yang selamat bagi mengelakkan terkena bahan kimia dan asid.
4. Elakkan Kad Pengenalan Terkena Air
Kad pengenalan setiap individu mestilah diletakkan di tempat yang selamat dan tidak terkena air.
Ini bagi memastikan kad pengenalan tersebut tidak rosak akibat terkena air yang mengakibatkan kad pengenalan tidak dapat dibaca.
5. Jangan Gores, Ketuk, Tebuk, & Gunting Kad Pengenalan
Individu adalah diingatkan untuk tidak menggores, mengetuk, menebuk, dan menggunting kad pengenalan.
Ibu bapa adalah diingatkan juga untuk menjauhkan kad pengenalan ini daripada anak-anak yang masih kecil bagi mengelakkan mereka merosakkan kad pengenalan ini.
6. Elakkan Aktiviti Boleh Merosakkan Cip
Selain itu juga, setiap individu perlu memastikan mereka tidak melakukan aktiviti yang boleh merosakkan cip kad pengenalan mereka.
Ini bagi memastikan cip kad pengenalan dapat berfungsi dengan baik agar bagi urusan melibatkan kad pengenalan tersebut.
7. Elakkan Kad Pengenalan Terdedah Dengan Suhu Tinggi
Kad pengenalan perlu disimpan dan tidak terdedah dengan suhu yang tinggi.
Terdedah dengan suhu yang tinggi akan mengakibatkan cepat kad pengenalan rosak.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai penjagaan atau penggantian kad pengenalan atau sebagainya, sila layari laman web https://www.jpn.gov.my/.