Advertisements

Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger Pahang

Advertisements

Akie Burger dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) telah mewujudkan program usahawan khusus kepada anak muda B40 yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan iaitu Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger Pahang.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail pada 2 Ogos 2022 yang lalu.

Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger ini bertujuan untuk membantu anak muda golongan B40 dan mereka sedang mencari pekerjaan.

Anak muda yang menyertai program ini berpeluang meraih pendapatan sebanyak RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.

Program ini mensasarkan penyertaan sebanyak 140 pemohon yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang setiap daerah di Negeri Pahang.

Anak muda yang berminat boleh menghubungi wakil MTSP di setiap daerah untuk membuat permohonan.

Manfaat Program

Mereka yang menyertai program ini akan mendapat manfaat berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Latihan disediakan.
  • Peralatan lengkap disediakan.
  • Kiosk perniagaan disediakan.
  • Uniform usahawan disediakan.

Yuran Penyertaan

Anak muda yang ingin menyertai program ini hanya perlu memabayar yuran sebanyak RM250 sahaja.

Ini selepas Kerajaan Negeri Pahang telah menaja separuh daripada yuran asal penyertaan iaitu RM500 seorang.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi anak muda yang ingin menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
  2. Tidak mempunyai pekerjaan tetap B40.
  3. Anak kelahiran Pahang.
  4. Menetap di dalam daerah Negeri Pahang.
  5. Ingin mengusahakan perniagaan sendiri.
  6. Tidak mempunyai CCRIS atau CTOS.
  7. Bumiputera Muslim.
  8. Mempunyai kenderaan sendiri.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi wakil MTSP mengikut daerah yang berikut:

Kemudian, berikan maklumat ini kepada wakil MTSP tersebut:

  • Nama
  • No Kad Pengenalan
  • Nombor Telefon
  • Cadangan tapak dan alamat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Pembangunan Usahawan Muda Akie Burger Pahang, sila hubungi 09-573 7679.

Sumber: Facebook Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail https://www.facebook.com/wanrosdyOfficial

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.